Followers

Sunday, November 7, 2010

An Affandisme's Tale: Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai patriotik)

An Affandisme's Tale: Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai patriotik)

Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai patriotik)


Nilai patriotik

  • Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.
  • Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:
    1. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara;
    2. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara;
    3. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis;
    4. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan;
    5. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
    6. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
  • Guru perlu merujuk kepada buku panduan "Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme di Sekolah Rendah" PPK 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program itu.
  • Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyerapkan unsur patriotisme di dalam topik yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut di atas.
  • Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:
    1. kerja projek
    2. permainan
    3. simulasi
    4. lakonan
    5. drama
    6. perbincangan
    7. lawatan





  • Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai a/sekitar)


    Nilai Alam Sekitar

    1. Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.
    2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
    3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
      1. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
      2. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
      3. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
      4. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
      5. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
      6. berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.
    4. Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development).
    5. Guru perlu merujuk kepada buku panduan guru, "Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum" (KBSR dan KBSM), PPK, 1996.
    6. Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:
      1. Tuhan Pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
      2. Bumi dan alam semesta
      3. Benda bukan hidup dan sumber semula jadi
      4. Benda hidup dan alam sekitarnya
      5. Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan
      6. Pengurusan alam sekitar
    7. Strategi dalam p&p ialah melalui pendekatan:
      1. rohani dan moral
      2. penyerapan
      3. berpusatkan pelajar
    8. Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
      1. pengetahuan dan kefahaman konsep
      2. nilai-nilai murni dan sikap positif
      3. kemahiran berfikir
      4. kemahiran manipulatif dan penggunaan deria
      5. aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru
    9. Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
      1. Kerja amali
      2. Membuat kajian dan eksperimen
      3. Perbincangan
      4. Sumbang saran
      5. Demonstrasi
      6. Menonton TV, video dan slaid
      7. Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto
      8. Cerita
      9. Membaca buku, majalah dan akhbar
      10. Projek
      11. Permainan dan simulasi
      12. Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum
      13. Lawatan
      14. Kempen alam sekitar
      15. Rintis
      16. Kem alam sekitar
      17. Program sandaran
    10. Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan dikawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
      1. Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi hakisan tanah
      2. Stesen mengkaji pencemaran
      3. Stesen mengkaji tumbuhan
      4. Stesen mengkaji haiwan
      5. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
      6. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
      7. Stesen mengkaji penggunaan air
      8. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
      9. Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
      10. Stesen mengkaji penggunaan bahan api
      11. Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
      12. Stesen mengkaji tanam-tanam
      13. Stesen mural
      14. Stesen mengkaji cuaca
      15. Stesen permainan pendidikan alam sekitar
      16. Stesen di tiang bendera
      17. Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
      18. Stesen di tandas dan dibilik darjah.
    11. Sekolah juga digalakkan menubuhkan pusat sumber pendidikan alam sekitar untuk menyimpan dan mempamerkan bahan alam sekitar.

    Thursday, November 4, 2010

    kasih AllahTa'ala kepada hamba2nya


    LELAKI

    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


    BERATKAN?

    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

    Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

    Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

    WANITA :

    Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

    Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

    Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

    Pernahkah kita lihat sebaliknya??

    Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

    Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
    anak-anak.

    Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

    1. ibunya ,
    2. isterinya ,
    3.anak perempuannya , dan
    4. saudara perempuannya.

    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

    1. suaminya,
    2. ayahnya,
    3. anak lelakinya dan
    4. saudara lelakinya .

    Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

    1. sembahyang 5 waktu
    2. puasa di bulan Ramadhan
    3. taat suaminya dan
    4. menjaga kehormatannya .

    Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

    MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

    Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
    pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

    "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

    Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
    wallah hu'alam

    siapa gemar susu soya????

    Benarkah minuman soya baik untuk kesihatan? Menurut syarikat pembuat minuman soya, ia mengandungi protin dan kalsium. Malah kononnya ia adalah satu alasan yang baik untuk tidak makan di tengahari kerana terlalu sibuk dengan tugas di pejabat! Perkara yang mereka tidak mahu anda semua tahu ialah proses mengekstrak susu soya menggunakan sejenis bahan kimia dan bahan kimia itu tidak lagi dapat diasingkan dari selepas soya itu dibungkus sebagai minuman.


    Kita mungkin tidak pernah mendengar bahawa minuman soya yang dikatakan berprotin dan kalsium itu sampai mengandungi bahan kimia yang jarang kita dengar. Sebaliknya, soya itu sendiri tidak mengandungi bahan kimia ini, tetapi apabila jatuh ke tangan manusia yang tamak dan hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata, mereka telah menggunakan sejenis kimia dinamakan Hexane dalam proses mengekstrak susu dari kacang soya itu. Maka bahan kimia itu akan tinggal terus bersama minuman yang dihasilkan akhirnya diminum oleh pengguna yang percaya bahawa soya mengandungi protin dan kalsium. Sungguh mudah masyarakat kita ditipu. Lebih malang lagi jika produk itu dilabelkan sebagai 'organik' dengan alasan ia diperolehi dari ladang-ladang yang tidak menggunakan racun pesticide. Menurut laman web foodconsumer.org, hanya 70% dari bahan semulajadi sudah mencukupi syarat dianggap sebagai organik setelah melalui ujian, selebihnya 30% lagi tidak perlu melalui proses'organik. Maka jumlah 30% ini memberi ruang kepada kemasukan hexane menyelusup masuk di dalam proses menghasilkan minuman soya. Hexane dalam formula kimia C6H14 didapati dalam bentuk minyak. Ia tidak berwarna dalam suhu bilik dengan suhu didih antara 50 hingga 70 akan mengeluarkan bau seperti minyak petrol. Hexane digunakan sebagai perekat kasut dan produk berasaskan kulit. Kebanyakan penggunaannya adalah untuk tujuan pembersihan dan pengekstrakan. Tetapi tahap toksiknya masih belum diperbincangkan secara ekstensif. Pendedahan yang berpanjangan terhadap hexane boleh mendatangkan masalah sakit kepala, pening dan kegagalan sistem penghantaran isyarat di dalam sel tubuh (nervous system). Apa yang perlu kita ketahui, hexane sepatutnya bukanlah sejenis bahan yang masuk ke dalam perut anda kerana ia bahan kimia yang dihasilkan dari makmal. Soya juga tidak berapa diperlukan oleh tubuh kita kerana ia mengandungi omega-6 yang melebihi omega-3. Kita sepatutnya mendapatkan lebih nisbah omega-3 kepada omega-6 sebanyak 3:1. Jika tubuh berlebihan omega-6, akan berlaku kecederaan dalaman (inflammation).

    Kita patut mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri kita atau orang yang kita sayangi. Selepas ini, saya akan mengurangkan pengambilan minuman berasaskan soya.

    Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa isu minuman soya ini telah lama menimbulkan kontroversi di luar negara - oleh sebab golongan aktivis mereka sangat aktif (tidak seperti di Malaysia) memperjuangkan hak-hak pengguna malah mereka mendapat sokongan yang kuat dari sebilangan besar pengguna itu sendiri.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Text-Ads