Followers

Wednesday, January 12, 2011

Saya sebagai Pengapit????

Aku menjadi pengapit??? macam mana ini terjadi???
ini adalah pertama kalinya sebagai rasmi aku bergelar pengapit.
kisahnya bermula pada 7.12.2010.
masa tu aku kerje part time kat petronas.
esoknye tu kenduri, mmg aku dah prepare amek cuti pon, sbb
yg kawen tu sepupu aku..

Malam tu aku dpt call dari ayah aku, dia kata Abg Teh xda pengapit so apa bagai segla macam mana pon aku kena jadik pengapit jugak.
coz wife die dah ada pengapit..

cuak beb..cam ner cara nak belakon ni...
baju setelah dirunding kena pakai kaler cream.
Mujur aku ada bju melayu kaler tu...
dari pi amek anak dara, sambut, belarak, makan , bersanding,
possing2.. semua aku ada..
malu aku beb. org lain kawen aku pon join sekali..

mau idaknya semua sedara yg lama2 dah x jumpa datang...
semua PAKU aku..


ni ada siket Tips utk korang mana tau nnt kena jadi pengapit cam aku gak..

-mesti payungkan pengantin dari sblm masuk keta sampai dia keluar sampai dia naik atas pelamin.( kompom lenguh tgn)
-Kipaskan pengantin( walaupon korang sendiri yg panas). dan lap peluh2 die..lap tgn yg kena renjes tuh...
- Masa mkn korg kena sendukkan nasik kat pengatin.kan diaorg jadi raja sehari..
sudukan lauk pauk..diaorg malu nak ltk sendiri(masa tu perut korang mesti menyanyi sbb teringain nak mkn lauk diaorag best2).selesai semuatu baru korang mkn tepi pengantin.
-korang mesti ada setiap masa dgn pengatin. ( nnt dah masuk bilik, blahh la woii)
-tu antara serba sedikit....


aku pon nak bergambar jgak.. mane leh
diaorg jer~~~huhuh

Thursday, January 6, 2011

AIR PUTIH & PETUANYA


air putih ramai yang tidak menggemari ia. kenapa???
mungkin sbb rasanya yg plain shj..
tapi barang kali ada yang kurang jelas mengenai
kebaikkanya. AIR PUTIH bagus dalam membantu
pencernaan dan perjalanan darah,

berbanding dgn minuman berais @ yg manis.
jadi adalah bagus kita amalkan minum AIR PUTIH.
ia juga bagus utk mereka yg ingin mengurangkan berat badan.

satu lg mungkain ramai yg tahu kebaikkan AIR PUTIH.
elok kita amalkan meminumnya selepas bangun dari tidur tanpa menggosok gigi terlebih dahulu. kerana enzim didlm mulut sepanjang kita tidur amat baik utk penghadaman. oleh itu kita minum air yang membantu enzim tersebut masuk kedlm sistem penghadaman.
minum diwaktu pagi juga molek utk awet muda.
baik amalkan sedari muda lagi. jgn tggu dah tua bru nk try..
bkn susah pon just minum slps bgun..

Tuesday, January 4, 2011

SELAMAT TAHUN BARU


KALAU ADA SALAH DAN SALAH TAHUN2
LEPAS KIRA 0=0.
KITA MULA BUKU BAHARU...

Sunday, November 7, 2010

An Affandisme's Tale: Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai patriotik)

An Affandisme's Tale: Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai patriotik)

Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai patriotik)


Nilai patriotik

  • Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.
  • Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:
    1. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara;
    2. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara;
    3. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis;
    4. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan;
    5. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
    6. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
  • Guru perlu merujuk kepada buku panduan "Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme di Sekolah Rendah" PPK 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program itu.
  • Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyerapkan unsur patriotisme di dalam topik yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut di atas.
  • Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:
    1. kerja projek
    2. permainan
    3. simulasi
    4. lakonan
    5. drama
    6. perbincangan
    7. lawatan





  • Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai a/sekitar)


    Nilai Alam Sekitar

    1. Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.
    2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
    3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
      1. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
      2. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
      3. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
      4. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
      5. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
      6. berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.
    4. Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development).
    5. Guru perlu merujuk kepada buku panduan guru, "Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum" (KBSR dan KBSM), PPK, 1996.
    6. Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:
      1. Tuhan Pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
      2. Bumi dan alam semesta
      3. Benda bukan hidup dan sumber semula jadi
      4. Benda hidup dan alam sekitarnya
      5. Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan
      6. Pengurusan alam sekitar
    7. Strategi dalam p&p ialah melalui pendekatan:
      1. rohani dan moral
      2. penyerapan
      3. berpusatkan pelajar
    8. Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
      1. pengetahuan dan kefahaman konsep
      2. nilai-nilai murni dan sikap positif
      3. kemahiran berfikir
      4. kemahiran manipulatif dan penggunaan deria
      5. aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru
    9. Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
      1. Kerja amali
      2. Membuat kajian dan eksperimen
      3. Perbincangan
      4. Sumbang saran
      5. Demonstrasi
      6. Menonton TV, video dan slaid
      7. Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto
      8. Cerita
      9. Membaca buku, majalah dan akhbar
      10. Projek
      11. Permainan dan simulasi
      12. Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum
      13. Lawatan
      14. Kempen alam sekitar
      15. Rintis
      16. Kem alam sekitar
      17. Program sandaran
    10. Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan dikawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
      1. Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi hakisan tanah
      2. Stesen mengkaji pencemaran
      3. Stesen mengkaji tumbuhan
      4. Stesen mengkaji haiwan
      5. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
      6. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
      7. Stesen mengkaji penggunaan air
      8. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
      9. Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
      10. Stesen mengkaji penggunaan bahan api
      11. Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
      12. Stesen mengkaji tanam-tanam
      13. Stesen mural
      14. Stesen mengkaji cuaca
      15. Stesen permainan pendidikan alam sekitar
      16. Stesen di tiang bendera
      17. Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
      18. Stesen di tandas dan dibilik darjah.
    11. Sekolah juga digalakkan menubuhkan pusat sumber pendidikan alam sekitar untuk menyimpan dan mempamerkan bahan alam sekitar.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Text-Ads