Followers
Sunday, April 1, 2012
kisah anak Abu Jahal yg Shahid [Ikrimah b Abu Jahal]
Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: "Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?" Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?"
Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.
Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berjaya menaklukkan kota Mekah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya."
Rasulullah SAW menjawab: "Dia akan berada dalam keadaan aman!" Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya.
Akhirnya dia berjaya menemuinya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: "Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!"
Ikrimah bertanya: "Apakah yang harus aku ikhlaskan?"
"Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa
Muhammad adalah utusan Allah!" Kata pengemudi kapal itu.
Ikrimah menjawab: "Tidak, kerana aku melarikan diri adalah kerana
ucapan itu."
Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: "Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW."
Kepada isterinya Ikrimah bertanya: "Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?"
Isterinya menjawab: "Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu."
Apabila mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: "Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim."
Kepada isterinya Ikrimah berkata: "Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku."
Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya.
Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata:
"Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah."
Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata: "Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan."
Rasulullah SAW menjawab: "Ucapkanlah bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Ikrimah kembali bertanya: "Selepas itu apa lagi?" Rasulullah
menjawab: "Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahwa sesungguhnya
tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya
Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya." Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda
bersabda: "Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, niscaya aku
akan mengabulkannya."
Ikrimah berkata: "Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau
berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap
permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan
yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk
melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau
di belakangmu."
Maka Rasulullah SAW pun berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak."
Mendengar doa yang dimohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: "Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun belanja yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir."
Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.
Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan:
"Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!" Ikrimah menjawab: "Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!"
Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah.
Abdullah bin Mas'ud pula berkata: Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar.
Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: "Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku."
Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.
Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: "Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata:
"Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku." Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya.
Akhirnya Suhail berkata: "Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku."
Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga.
Monday, March 26, 2012
4 perkara untuk sihat
- makan daging
- memakkai haruman
- kerapa mandi
- berpakaian kemas
4 perkara Menajamkan Mata
- memandang benda hijau
- duduk mengahdap kiblat
- bercelak sebelum tidur
- berpakaian bersih
4 Perkara Menajamkan fikiran
- tidak byk bercakap kosong
- rajin membersihkan gigi
- berckp dgn org yg soleh
- bergaul dgn para ulama
4 Perkara melemahkan Badan
- byk minum air ketika makan
- sentiasa cemas
- byk makan makanan masam
- byk bersetubuh
4 Perkara Merosakkan Mata
- memandang najis
- melihat orang dibunuh
- melihat kemaluan
- membelakangi kiblat
Tuesday, March 20, 2012
Cara menghalau Nyamuk
1. Adakan perundingan 2 hala dgn kongras kesantuan nyamuk. Mintak mereka melakukan gencatan senjata.
2. Cabar nyamuk tu lawan teka-teka. Korang pasti mng sbb nyamuk tu x pandai jawab teka-teka ni. Lepas tu suruh mereka berambus dari situ.
3. Bawa nyamuk2 tu lepak dekat dataran sbgi satu cara beli jiwa. Nyamuk2 trsbt pasti akn tawar hati utk menyerang korang.
4. Culik ketua nyamuk utk dijadikan tebusan & ugut ahli2 spy keluar dari tmpt tggal korang.
5. Pasang jelah ubat nyamuk! Itu pun shushah ke??
Thursday, March 15, 2012
Manis dan Kelat kehidupan

Manis dan Kelat
MANISNYA… melihat gadis2, anak2 dara kita bertudung litup dgn macam2 fesyen ikatan tudung.
KELATNYA… terpaksa meliht litupan trsbt Cuma elok kat bahg atas je, sedangkan kat bawahnya ditutup jugak tetapi dgn yg sendat2.
MANISNYA… menghirup secawan the tarik seorang diri sambil menyaksikan gelagat manusia yg lalu-lalang.
KELATNYA… Menahan marah dek membayar harga minuman yg meningkat krn alasan harga gula naik ttp x pernah turun2.
MANISNYA… Menonton siaran berbayar kat rumah seisi keluarga smbl bergurau-senda.
KELATNYA… Tercongok dgn keluarga mcm org NGAAA kt dpn Tv yg glap biru akbt hujan yg Cuma rintik2.
MANISNYA… mengenang kembali kisah2 cinta bersama bini terchinta bertahun2 dulu smbil belek2 album lama.
KELATNYA… Memandang sayu rupa bini yang telah berubah rupa macam transformers & anak2 yg begitu bijak merabakkan poket ayahanda beliau.
Saturday, March 10, 2012
Selamat Berkonvo
Sunday, February 12, 2012
Bila manusia Dah Tak Peduli Lagi
1. Bil dah x peduli halal & haram…
Arak dah jadik simpanan utk dilanggah bila2 masa saje. . ramai yg smkn buta halal & haram.
2. Bila dah tak peduli batasan jantina…
Byk tempat awan dijadikan lubuk buang bayi, tu berlaku bila suka sgt mendekatkan diri antr lelaki dan pompuan.. dunia ini sudah tua..
3. Bila dah x pedulikan jiran2…
Jiran meninggal 2 mggu lepas, baru nak tau hari ni. Tu pon sebab jiran panggil wat kenduri arwah. Kalo x mgkin thn dpn baru tau kot. Lain kali x payh pedulikan org lain ye..
4. Bila dah x peduli cakap mak ayah…
Lari ikut warga asing, keldai dadah, mcm2 sbb ikut ckp kekasih dari ikut ckp mak ayah sendiri.. x kng budi punya anak.. last2 bila dah kena musibah, merana pandai pulak ingat kat mak bapak suruh tulung..PIIIRAHHHH
5. Bila dah x peduli kampong halaman…
Balik kg 4-5 thn sekali tu pun sbb urusan harta benda, tak pun kematian. . raya pon kdg2 mis balik kg.. jgn sampai terkawen dgn muhrim sendiri dah le, sbb x penah kenal sedara mara…
6. Bila ilmu pengetahuan x dipedulikan…
Sibuk nak masuk pertandinga nyanyi yg bersepah2 skang ni… nak popular le gah kononnya…
Tak de yg nak jadi org terpelajar.. buat pa belajar?? lmbat… jadi penyanyi dari kecik2kan baguss leh dapat duit, boleh kaya cepat.
Dugaan
dugaan membuat kita kuat dan bertambah keimanan pada dasarnya.
Tapi sejauh manakah kita dapat menghadapi dugaan yang mendatang dengan penuh keredhaan?
puas hadapi, puasberusahah.. kekadang juga kita hampir tertewas dek dugaan ini..
berat yang kita hadapi.. berat insan yang menanggung itu sendiri..
sebak dan airmata pun tak dapat dibendung kerana dugaan yang diberi..
tapi itulah penguat hati.. meneruskan hidup itu sesuatu yang pasti.
Dalam pada itu dugaan yang dihadapi sering datang menghantui ...
Dan boleh juga menyebabkan terduduk sebentar mengenangkanya..
Benda sudah terjadi tapi sejauhmana kita mampu untuk redha atau kita meratapi??
kekadang kita redha setelah puas kita meratapi ia..
kita cuba untuk pasrah terselit jua rasa duka...
itu dugaan yang maha kuasa untk hambanya..
semoga ia pdt kukuhkan keimanan terhadap Zat Yg Maha Agong..
kepadaMu tuhan yang memiliki sekelian alam kami datang dan kami kembali,
dan atas ihsan mua jua kami bernafas di bumi ini..
engkau kuatkan lah hati kami dalam meredahi ujian dari Mu..
tiada daya kami tanpa bantu dariMu tuhan yg memiliki Arash yang Agung..
Yg maha Mengasihi, Yg Maha Mengawasi, Tuhan Yg Maha Pemurah
engkau cekalkanlah kami
dan jgn Engkau taruik nikmat Iman in dari kami Ya Allah.
