Followers
Friday, November 26, 2010
Sunday, November 7, 2010
Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai patriotik)

Nilai patriotik
- mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara;
- mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara;
- bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis;
- memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan;
- membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
- bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
- kerja projek
- permainan
- simulasi
- lakonan
- drama
- perbincangan
- lawatan
Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai a/sekitar)

Nilai Alam Sekitar
- Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.
- Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
- Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
- mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
- lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
- memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
- menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
- berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.
- Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development).
- Guru perlu merujuk kepada buku panduan guru, "Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum" (KBSR dan KBSM), PPK, 1996.
- Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:
- Tuhan Pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
- Bumi dan alam semesta
- Benda bukan hidup dan sumber semula jadi
- Benda hidup dan alam sekitarnya
- Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan
- Pengurusan alam sekitar
- Strategi dalam p&p ialah melalui pendekatan:
- rohani dan moral
- penyerapan
- berpusatkan pelajar
- Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
- pengetahuan dan kefahaman konsep
- nilai-nilai murni dan sikap positif
- kemahiran berfikir
- kemahiran manipulatif dan penggunaan deria
- aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru
- Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
- Kerja amali
- Membuat kajian dan eksperimen
- Perbincangan
- Sumbang saran
- Demonstrasi
- Menonton TV, video dan slaid
- Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto
- Cerita
- Membaca buku, majalah dan akhbar
- Projek
- Permainan dan simulasi
- Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum
- Lawatan
- Kempen alam sekitar
- Rintis
- Kem alam sekitar
- Program sandaran
- Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan dikawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
- Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi hakisan tanah
- Stesen mengkaji pencemaran
- Stesen mengkaji tumbuhan
- Stesen mengkaji haiwan
- Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
- Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
- Stesen mengkaji penggunaan air
- Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
- Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
- Stesen mengkaji penggunaan bahan api
- Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
- Stesen mengkaji tanam-tanam
- Stesen mural
- Stesen mengkaji cuaca
- Stesen permainan pendidikan alam sekitar
- Stesen di tiang bendera
- Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
- Stesen di tandas dan dibilik darjah.
- Sekolah juga digalakkan menubuhkan pusat sumber pendidikan alam sekitar untuk menyimpan dan mempamerkan bahan alam sekitar.
Thursday, November 4, 2010
kasih AllahTa'ala kepada hamba2nya

wallah hu'alam
siapa gemar susu soya????

Kita mungkin tidak pernah mendengar bahawa minuman soya yang dikatakan berprotin dan kalsium itu sampai mengandungi bahan kimia yang jarang kita dengar. Sebaliknya, soya itu sendiri tidak mengandungi bahan kimia ini, tetapi apabila jatuh ke tangan manusia yang tamak dan hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata, mereka telah menggunakan sejenis kimia dinamakan Hexane dalam proses mengekstrak susu dari kacang soya itu. Maka bahan kimia itu akan tinggal terus bersama minuman yang dihasilkan akhirnya diminum oleh pengguna yang percaya bahawa soya mengandungi protin dan kalsium. Sungguh mudah masyarakat kita ditipu. Lebih malang lagi jika produk itu dilabelkan sebagai 'organik' dengan alasan ia diperolehi dari ladang-ladang yang tidak menggunakan racun pesticide. Menurut laman web foodconsumer.org, hanya 70% dari bahan semulajadi sudah mencukupi syarat dianggap sebagai organik setelah melalui ujian, selebihnya 30% lagi tidak perlu melalui proses'organik. Maka jumlah 30% ini memberi ruang kepada kemasukan hexane menyelusup masuk di dalam proses menghasilkan minuman soya. Hexane dalam formula kimia C6H14 didapati dalam bentuk minyak. Ia tidak berwarna dalam suhu bilik dengan suhu didih antara 50 hingga 70 akan mengeluarkan bau seperti minyak petrol. Hexane digunakan sebagai perekat kasut dan produk berasaskan kulit. Kebanyakan penggunaannya adalah untuk tujuan pembersihan dan pengekstrakan. Tetapi tahap toksiknya masih belum diperbincangkan secara ekstensif. Pendedahan yang berpanjangan terhadap hexane boleh mendatangkan masalah sakit kepala, pening dan kegagalan sistem penghantaran isyarat di dalam sel tubuh (nervous system). Apa yang perlu kita ketahui, hexane sepatutnya bukanlah sejenis bahan yang masuk ke dalam perut anda kerana ia bahan kimia yang dihasilkan dari makmal. Soya juga tidak berapa diperlukan oleh tubuh kita kerana ia mengandungi omega-6 yang melebihi omega-3. Kita sepatutnya mendapatkan lebih nisbah omega-3 kepada omega-6 sebanyak 3:1. Jika tubuh berlebihan omega-6, akan berlaku kecederaan dalaman (inflammation).
Kita patut mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri kita atau orang yang kita sayangi. Selepas ini, saya akan mengurangkan pengambilan minuman berasaskan soya.
Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa isu minuman soya ini telah lama menimbulkan kontroversi di luar negara - oleh sebab golongan aktivis mereka sangat aktif (tidak seperti di Malaysia) memperjuangkan hak-hak pengguna malah mereka mendapat sokongan yang kuat dari sebilangan besar pengguna itu sendiri.
Saturday, October 30, 2010
gadjet mencegah gajala rogol

BOSAN dengan peningkatan jenayah seksual terutama rogol, Puan Sonette Ehlers mencetuskan perdebatan hangat apabila mencipta kondom ‘mencegah rogol’ baru-baru ini
Alat menyerupai kondom itu amat mudah untuk digunakan. Wanita hanya perlu memasukkan kondom tersebut ke dalam kemaluannya.
Yang ni part paling best, biarpun bahagian luaran kondom itu tidak kelihatan apa-apa, tetapi bahagian di sebelah dalam kondom itu pula mempunyai duri-duri tajam persis gigi ikan piranha.
Dalam erti kata lain, jika mana-mana lelaki durjana memasukkan ‘senjatanya’ ke dalam kemaluan wanita berkenaan, kemaluannya akan terperangkap di dalam duri-duri tajam tersebut. Adoooiiiii!!!!!
Lebih menarik lagi, mana-mana lelaki durjana yang terperangkap dalam situasi itu tidak mampu menarik balik ‘anunya’ keluar, ini kerana semakin ditarik keluar, duri-duri tajam itu akan terus mencengkam zakar lelaki tersebut! (Terus terang, aku tak dapat bayangkan betapa sakitnya jika ini berlaku, makkkk tolongggggggg)
Yang menjadi kontroversinya bukan apa, zakar yang ‘terperangkap’ hanya boleh dikeluarkan daripada kondom itu dengan cara pembedahan. Pergh!
Menariknya, Puan Sonette ketika diasak soalan yang bertubi-tubi daripada wartawan, menjelaskan yang dia mencipta alat ini bukan kerana dia sudah hilang kepercayaan atau benci pada kaum lelaki. Katanya;
“I don’t hate men. I love men. I have not got revenge in mind. All I am doing is giving women their power back. I’m also don’t even hate rapists. But I hate the deed with a passion.”