Followers

Tuesday, May 24, 2011

EDU 3107 bimbingan & kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling

Konsep Asas Bimbingan, Kaunseling & Psikoterapi
Bimbingan - memberi nasihat, panduan, pengajaran kepada pelajar yang memerlukan
Kaunseling – membantu klien menolong diri sendiri mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran dan perasaan
Psikoterapi – pemulihan kekeliruan mental (cth : skizofrenia, psikopath, penyakit mental (rawatan psikologi)

Matlamat Bimbingan dan Kaunseling
Memberi bimbingan, panduan, saranan, nasihat – utk selesai mslh peribadi.
tempat klien meluahkan, berkongsi, menganalisis, merasa, berfikir dan klien membuat tindakan.
Kaunselor hanya perlu mendengar, memahami, membimbing, bersama memikirkan alternatif tindakan yang boleh klien pilih
Memupuk klien menyesuaikan dengan masalah kendiri, menguasai pelbagai kemahiran asas, kesedaran, keinsafan, penyesuaian, adaptasi kendiri.

Objektif Bimbingan dan Kaunseling
Membimbing pelajar/klien fahami dn bentuk nilai & T/L.
Melayan keperluan pelajar ke arah perkembangan potensi diri.
Memahami kekuatan dan kelemahan – menyesuaikan diri dgn kebolehan, memilih, merancang dan bertindak berkesan.
Tabah hati, sabar, redha dan berkeyakinan
Menyedarkan klien bahawa ada orang yang sudi mendengar, berkongsi dan membantu.
Membuat pemilihan yang bersesuai dan tepat dengan keupayaan, kebolehan, minat diri – kerjaya. akademik, mata pelajaran, elektif, jurusan – potensi, kebolehan, minat dan keupayaan diri.
Perubahan tingkahlaku bermasalah – yang bersesuaian
Klien punyai konsep kendiri yang positif.
Tunjuk ajar dari segi akademik, tingkatkan prestasi
Membangkitkan semangat, kesedaran dan motivasi

Sebab2 Kaunseling Diberi
Sukarela
Dijemput
Dirujuk

Prinsip B&K
Penerimaan tanpa syarat – xkira ltr blkg
Kerjasama semua pihak-kaunselor, klien, pihak sekolah, ibubapa dan persekitaran.
Ikut prosedur/prturan/ttacara yg ditetapkn. Dirancang secara sistematik dan teratur.
Kaunseling: hbgn antra klien dgn kaunselor secara sistematik,mesra, yakin, percaya.
Proses kaunseling tidak boleh dipaksa, iaitu secara sukarela.
dijlnkn dlm bilik yg dikhaskan.[selesa, kondusif & terapuitik]
segala maklumat adalah sulit. blh ddedahkn kpd pihak yg di p’tanggungjawabkn.
Sesi kaunseling dilakukan antara kaunselor dengan klien sahaja. Segala perkara yang dibincangkan perlu diahsiakan.
Tindakan susulan perlu dilakukan selepas sesi kaunseling dijalankan, bg memastikan mslh yg dihadapi oleh klien mndpt perhatian proses perawatan, pemulihan dan tindakan sewajarnya.
Proses kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor terlatih, mahir & bertauliah.

Keperluan Bimbingan dan Kaunseling
1. Tujuan B&K
Sebagai pembetulan,nasihat dan pandangan yang membina
Membangunkan dan menghasilkan perubahan yang positif dalam diri klien
Menjadikan kilen lebih stabil dan produktif
Memenuhi potensi dan seterusnya menjadi seorang yang berjaya
Membantu membuat penyesuaian kehidupan tanpa banyak penderitaan
mempertingkatkan perkembangan diri klien supaya dapat mencapai tahap kesihatan mental yang maksima

2. Mengapa B&K diperlukan
beri maklumat baru
menggalakkan celik akal [fahami diri & persekitaran]
beri sokongan [emosi dll]
penyelesaian konflik
membuat keputusan

Bidang2 B&K
bidang peribadi/sosial
bidang pendidikan
bidang kerjaya

Jenis2 Perkhidmatan Bimbingan
Individu: scr bsemuka
Pendekatan:
Bimbingan krisis/mslh
Pencegahan/pengawalan
Pkmbgn diri
Penyediaan kemudahan
Kelompok: scr b’semuka, kmpln yg sama mslh
Langkah-langkah:
Pembentukan kumpulan
Teknik sumbang saran
Jenis2 Kaunseling
1. Kaunseling Individu
Tujuan
jalin hbngn baik antara kaunselor dengan klien.
bantu bina kemahiran dan keyakinan
bantu buat keputusan yang rasional.
selesaikan mslh dgn bkesan / cegah mslh kritikal timbul,
ubah tingkah laku negatif kpd positif.

Jenis Kaunseling Individu
Perkmbgn, Pencegahan, Pemulihan & Krisis

Peringkat2 Asas Kaunseling Individu: Prcangan, Sesi Kaunseling & Tindakan Susulan
Perancangan
-Permulaan [bina hbgn]: mula temubual
Sesi Kaunseling
-Peringkat Penerokaan: gmbrn mslh klien
-kenal pasti punca masalah
-Cari Alternatif Selesai Masalah [strategi/tndkn]
-Rumusan
Tindakan Susulan
-mengesan dan mengenalpasti tindakan alternatif yang telah diambil oleh klien. Melalui pemerhatian, perjumpaan susulan, maklum balas.

2. Kaunseling Kelompok
Tujuan:
Bantu peroleh keyakinan diri
Dpt bfkir scr terbuka & jujur thdp pdgn org lain
Elak sifat menunjuk2
Mngjr cr menghargai diri & org lain
Menuju sesuatu yg asli & murni
Menjauhkn diri dari hasutan luar
Menyemai perasaan diterima & menerima
Buat kputsn yg rasional & tepat
Meningkatkn kmhrn sosial

Jenis2 Kaunseling Kelompok
Merancang dan menyelaras aktvt
Pemilihan mata pelajaran elektif [spm/stpm]
Konferensi keluarga dan kem motivasi

Peringkat2 Kaunseling Kelompok
1. Orientasi dan pendedahan diri [ice breaking]
2. Konflik dan konfrontasi [perasaan gundah gulana]
3. Pkmbgn hbgn rapat & integrasi [kata2 positi/motivasi]
4. Pengeluaran, kejyaan, penyelesaian mslh
5. Kptsn, peraturan, penamatan

3. Kaunseling Konferensi Keluarga
Tujuan
Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa / penjaga demi kemajuan pelajar.
Menghubungi ibu bapa / penjaga jika kemajuan pelajar merosot
Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar-pelajar dan ibu bapa.
Mengadakan konsultasi kaunseling keluarga jika permasalahan berpunca daripada dalaman keluarga.

Objektif
Meningkatkan kesedaran dan kefahaman ibu bapa terhadap perkhidmatan B&K.
Mendapatkan sokongan dan penyertaan ibu bapa untuk menjayakan program atau aktiviti yang dirancangkan untuk anak mereka.

Perancangan, Pengurusan & Pelaksanaan
i. Pendekatan melalui program keibubapaan: rcgn prog drpd cdgn ibubapa
ii. Prinsip asas pmbljrn dewasa: kndgn aktvt hdklh matang
iii. Penganalisisan isu masalah:kenalpasti & analisis isu mslh anak mereka
iv. Peringkat pkmbgn percngan: kaunselor main peranan sbg pemudahcara, fasi / pembimbing

Etika Kaunselor
1. Menghormati kehormatan klien dan meningkatkan kebajikannya.
2. Hubungan dan maklumat kaunseling disimpan sulit
3. Segala rekod, nota, data ujian, rakaman dan lain-lain dianggap maklumat profesional
4. Klien harus diberitahu segala keperluan dan keadaan kaunseling
5. Kaunselor boleh berunding dengan ahli profesional lain.
6. Harus memberhentikan kaunseling jika tidak boleh membantu klien lagi

Thursday, May 19, 2011

Fakta Tentang Abraham Lincoln & John F. Kennedy





Abraham Lincoln dipilih ke Congress pada 1846.
John F. Kennedy dipilih ke Congress pada 1946.

Abraham Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860.
John F. Kennedy dilantik sebagai presiden pada 1960.

Kedua-duanya memperjuangkan hak asasi manusia.
Kedua-dua isteri mereka kehilangan anak ketika tinggal di
White House.

Kedua-duanya ditembak mati pada hari Jumaat.
Kedua-duanya ditembak mati dibahagian kepala.

Ini pula fakta yg pelik:

Nama setiausaha Lincoln ialah KENNEDY.
Nama setiausaha Kennedy ialah LINCOLN.

Kedua-duanya dibunuh oleh orang yg berasal dari selatan Amerika (Southerners).
Kedua-duanya digantikan oleh ‘Southerners’ yg bernama Johnson.

Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln, lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy, lahir pada 1908.


John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln , lahir pada 1839.
Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, lahir pada 1939.


Kedua-dua pembunuh dikenali dgn panggilan 3 kata nama mereka.
Kedua-dua pembunuh mempunyai bilangan name sebanyak 15 huruf.

Fakta Kejadian:

Lincoln ditembak disebuah teater yang bernama ‘Ford.’
Kennedy ditembak didalam kereta model ‘ Lincoln ‘ yang buat dari pengeluar kereta ‘Ford.’

Lincoln ditembak didalam teater wayang dan pembunuhnya melarikan diri serta bersembunyi di gudang.
Kennedy ditembak dari arah gudang dan pembunuhnya melarikan diri dan bersembunyi di teater wayang.

Booth dan Oswald telah dibunuh sebelum perbicaraan.

Ini pula fakta lain:

Seminggu sebelum Lincoln dibunuh, dia berada di Monroe, Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy dibunuh, dia bersama Marilyn Monroe.

Tuesday, May 17, 2011


selamat hari guru...
lambat nak wish sebab ni internet kena blog audit punya pasal..
biarlah malas nak story pasal Audit ni buat sakit hati saja..

apa2 pon selamat hari guru..16 Mei setiap tahun untu para guru..
sungguh mereka ini amat bermakna.. sungguh besar pengorbanan meraka...
aku disini nak mengambil kesempatan mengucapakan selamat hari guru tanpa kalian siapalah diri ini///

sungguh akku terasa kerana aku bakal guru...
guru adalah murabbi...

SELAMAT HARI GURU
lagu ni dgr setiap hari pon x pa.....

mimpi Abdullah bin Mubarak

Di zaman Tabi'in dahulu ada seorang ulama terkenal bernama Abdullah bin Mubarak Abdullah bin Mubarak sangat disegani karena kedalaman ilmunya dan kezuhudannya terhadap dunia. Beliau membagi waktunya menjadi dua. setahun beliau berjihad dan tahun berikutnya beliau akan mempersiapkan diri untuk berhaji.
Pada suatu waktu beliau berangkat mengerjakan ibadah haji. setelah menunaikan seluruh syarat dan rukun haji maka beliaupun melakkan tawaf wada' sebagai ibadah terakhir meninggalkan tanah suci. setelah melakukan tawaf wada' beliau beristirahat sebentar ditepi telaga Zam Zam. keletihan mengerjakan ibadah haji dan sejuknya angin disekitar telaga Zam Zam membuat Abdullah bin Mubarak terlena. beliau tertidur nyenyak dan bermimpi.
Dalam mimpinya Abdullah bin Mubarak menyaksikan pembicaraan dua malaikat. malaikat pertama bertanya kepada yang lain. "berapa banyakka jumlah orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"
" sekitar 500ribu orang", jawab malaikat yang ditanya
" lalu berapa orang yang hajinya mabrur ?"
" tidak seorangpun !"
" apa? tidak seorangpun?", tanya malaikat yang pertama
" ya, tidak seorangpun. Tetapi karena keihlasan seorang hamba Allah bernama Muwaffaq, seluruh ibadah haji umat islam pada tahun ini menjadi mabrur dan diterima Allah SWT."
" apakah yang engkau maksud adalah Muwaffaq tukang sepatu dikota Baghdad itu?"
" ya betul, karena Beliaulah seluruh ibadah haji umat islam tahun ini menjadi mabrur."
***

Abdullah bin Mubarak tersentak bangun dari tidurnya. sungguh dahsyat mimpi yang baru saja dialaminya. ini bukan mimpi biasa. Abdullah bin Mubarak yang Kasyaf memang sering mendapatkan mimpi seperti itu beliau yakin sekali mimpi itu benar adanya.
Maka pada pagi hari itu juga, Abdullah bin Mubarak berangkat menuju kota Baghdad. berbulan-blan ditempuhnya perjalanan menuju kota baghdad. kedatangannya ke kota tersebut telah disambut meriah oleh penduduk kota yang lama mengetahui ketinggian ilmunya. Abdullah bin Mubarak singgah di masjid kota Baghdad dan shalat sunnah dua rakaat. setelah selesai shalat sunnah, ia bertanya kepada jamaah yang hadir, " apakah ada yang tahu tempat tinggalnya hamba Allah yang bernama Muwaffaq?"
" setahu kami itu adalah nama seorang tukang sepatu yang biasa memperbaiki sepatu-sepatu kami."
" ya benar, dimana rumahnya aku ingin sekali bertemu dengannya."
Maka merekapun menunjukan rumah tukang sepatu itu kepada Abdullah bin Mubarak. beliau segera bergerak menuju alamat yang ditunjukkan.
" Assalamua'alikum, engkaukah yang bernama Muwaffaq?"
" ya, saya Muwaffaq, jawab orang itu keheranan melihat kedatangan seorang ulama besar diiringi beberapa ulama kota baghdad.
Abdullah bin Mubarak terus memeluk orang itu dan berkata, "duhai engkaulah yang menyelematkan ibadah haji kami pada tahun ini. apakah amalan yang engkau lakukan sehingga menjadikan Allah SWT tidak hanya Ridha kepadamu tapi juga ridha kepada ibadah haji kami?"
Orang bernama Muwaffaq itu tertunduk diam. tiba-tiba ia berkata dengan suara tersekat dan lirih, "Alhamdulillah ya Allah, ternyata engkau terima juga hajiku akhirnya." air bening mengalir dari matanya seiring dengan isak tangis kebahagiaan. seluruh yng hadir saat itu terharu meskipun tidak mengerti mengapa Muwaffaq menangis bahagia.
" wahai tuan silahkanlah duduk dahulu. ada sebuah cerita yang ingin saya ceritakan kepada semua." Muwaffaq mempersilakan yang hadir untuk duduk dan mulai bercerita.
" sudah puluhan yahunsaya rindu untuk ke tanah suci Mekkah. kerinduan tersebut begitu menggebu-gebu hingga terbawa ke mimpi. amat sering saya bermimpi seakan-akan mencium hajar aswad dan tawaf mengelilingi ka'bah." Muwaffaq kembali terisak.
" namun apalah daya, satu-satunya pekerjaan yang mampu saya lakukan adalah memperbaiki sepatu. sudah sepuluh tahun saya berkeliling kota baghdad sepanjang hari agar mendapat tambahan rezeki dari memperbaiki sepatu. alhamdulillah ada sedikit tambahan yang saya tabungkan hari demi hari. setelah sepuluh tahun sudah cukuplah uang saya untuk ke Mekkah. maka saya menyatakan hasrat kepada istri untuk menyertai kafilh musafir haji tahun ini, ketika itu kebetulan istri saya sedang hamil muda. saya pulang hari itu dengan hati gembira dan berbunga-bunga. namun baru saja saya sampai didepan pintu istri saya menyambut saya dengan perkataan berikut. " wahai suamiku, aku tercium bau masakan yang sangat enak sejak siang tadi. pergilah mintakan sedikit untukku. rasanya aku mengidam masakan itu.aku sudah tidak tahan menikmati masakan itu"
" Permintaan istri tercinta menjadikan saya menunda menceritakan hasrat haji, say segera mengambil wadah makanan dan keluar rumah untuk mencari darimanakah gerangan bau masakan yang disebutkan istri saya itu. saya pun berjalan dari satu rumah ke rumah lain mengikuti bau masakan. hingga akhirnya saya sampai disebuah rumah tua.tadinya saya pikir tidak ada orang yang tinggal dirumah itu.saya coba untuk mengetuk pintunya dan mengucapkan salam. setelah menunggu beberapa saat keluarlah seorang anak perempuan berusia sekitar 15tahun.wajahnya pucat dan lemah. saya agak ragu apakah ia yang memasak makanan itu."
" Wa'alaikumsalam ada apa paman?" ia bertanya dengan suara lirih
" begini ananda, bibimu rasanya sedang mengidamsejak siang tadi ia mencium bau masakan yang engkau masak. bolehkah paman minta sedikit untuk bibimu?"
gadis itu terdiam. sayapun mengulang permintaan itu sekali lagi, "nak biar nanti paman beri uang sedikit ya, untuk masakanmu yang menggugah selera istriku"
gadis itu tertunduk makin dalam. tiba-tiba ia mengangkat kepalanya, dan berkata dengan air mata dipipinya, "maafkan saya paman sebenarnya daging yang saya masak itu halal bagi kami, tapi haram bagi paman."
" ha, mengapa demikian?" tanya saya heran
" paman, dirumah ini ada 3 anak yatim piatu. saya dan dua adik saya yang masih kecil. sejak ibu dan ayah meninggal nasib kami sungguh sengsara. hari ini adalah hari ketiga kami menahan lapar. adik -adik saya sudah tidak sanggup lagi menangis air mata mereka sudah tidak ada, dan suara mereka pula habis karena kelaparan. saya sangat khawatir mereka meninggal dunia. maka sayapun keluar mencari-cari kalau-kalau ada yang ingin sedekah."
" setelah berjalan kian kemari tubuh saya semakin lemah. dalam keadaan seperti itu, saya melihat ada seekor bangkai unta dipinggir jalan, karena tak ada jalan lain. daripada melihat adik-adik saya mati kelaparan saya ambil sebongkah daging bangkai itu, dan itulah yang sedang saya masak sekarang. paman tentu tahu bahwa bangkai haram hukumnya bila dimakan. tapi bagi kami yang sedang sekarat kelaparan daging bangkai itu halal."
saat itu nuga wadah makanan yang saya bawa jatuh. sungguh terkejut saya mendengar penderitaan gadis ini. say masik ke rumah itu dan badan saya menggeletar menyaksikan dua anak kecil sedang memakan daging bangkai unta. saya peluk mereka dengan jiwa penuh penyesalan dan dosa. teriris rasanya kalbu ini menyaksikan anak-anak yatim piatu yang kelaparan itu. saya tengadahkan wajah ke langit dengan mata tertutup seraya berkata, "Ya Allah sungguh Zalim aku ya Allah, tiga anak yatim hidup bertetangga denganku namun aku tidak mempedulikan nasib mereka."
saat itu juga saya berlari pulang. saya kumpulkan sekuruh pundi-pundi uang yang tadinya akan saya gunakan untuk ke Mekkah. saya bergegas ke sebuah kedai untuk membeli sekarung gandum. kemudian saya pikul sendiri gandum itu menuju rumah anak-anak yatim piatu itu. sesampainya ditengah rumah saya serahkan gandum dan seluruh pundi-pundi uang saya kepada tiga anak yatim piatu itu serata berkata kepada Allah " Allahuma, Hadza hajji, Allahuma, huna hajji"... (Ya Allah inilah hajiku. Ya Allah disinilah hajiku)

Thursday, May 12, 2011

VISI, MISI, MATLAMAT DAN FALSAFAH BIMBINGAN & KAUNSELING

VISI
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik selaras dengan usaha menjadi sekolah cemerlang kategori luar bandar menjelang 2011

MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

 Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

 Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

 Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

 Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

 Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

MATLAMAT
Dalam usaha mencapai Visi dan Misi, Unit Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling bermatlamat untuk :

 Memantapkan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di SMK Arshad Kota Belud

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek interlek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PRINSIP BIMBINGAN & KAUSELING

1 . Bimbingan dan kaunseling adalah proses yang terancang dan - berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk.

2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan.

3 . Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam,menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan.Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekurang-kurangnya digunakan dalam jangka masa panjang.

7. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan dan memberi fokus kepada kekuatan dirinya. Dalam bimbingan dan kaunseling fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada pada dirinya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8. Bimbingan dan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama.
Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekotah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan pelajar patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.

9. Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam menyeluruh mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar.

Monday, May 9, 2011

Putri Walinong Sari dari Pahang

Ceritera ini telah diriwayatkan berlaku di Negeri Inderapura (nama lama Pahang). Ada pun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran dan pengembangan syiar Islamiah yang terkenal di rantau Nusantara.

Ada pun ugama Islam itu tersebar dari Melaka ke segenap pelusuk dunia Melayu melalui peperangan dan taklukan. Namun tidak kurang juga negeri-negeri itu diIslamkan melalui perkahwinan diraja. Raja Siak misalnya telah berkahwin dengan puteri Sultan Mansor Shah yang bernama Puteri Mahadewi.

Arakiannya, pecah berita bahawa Bendahara Paduka Raja itu menaruh seorang puteri yang cantik jelita. Puteri Wanang Seri namanya. Ada pun ini selain dari mempunyai rupa paras yang terlalu rupawan, Puteri Wanang Seri juga sangat perwira, pandai bersilat gayung dan melambung senjata. Puteri Wanang Seri juga sangat dikasihi oleh Bendahara Paduka Raja sendiri sehingga Bendahara menetapkan barang siapa yang mampu menewaskan Puteri Wanang Seri dalam ilmu persilatan, orang itu akan diangkat oleh Bendahara menjadi menantunya.

Sudah ramai anak-anak muda dari kalangan rakyat jelata mahupun dari keturunan raja yang tewas dalam sayembara persilatan kepada Puteri Wanang Seri. Hingga di satu masa, Bendahara merasa masygul apabila mengenangkan puterinya yang tidak akan dapat berkahwin dengan mana-mana jejaka.

Kemasyhuran Puteri Wanang Seri ini singgah ke pendengaran Raja Melaka. Baginda berhasrat untuk menyunting Puteri Wanang Seri untuk dikahwinkan dengan anak Dato Temenggung. Anak Dato' Temenggung itu bernama Tun Putih Cahaya Pualam. Baginda kemudiannya mengutuskan utusan meminang yang diketuai oleh Hang Ishak ke Inderapura.

Setelah menerima penghadapan dan mendengar akan maksud kedatangan rombongan itu, Bendahara Paduka Raja merasakan bahawa sudah tidak guna lagi baginya beradu sayembara persilatan kerana jika diteruskan, kelak puteri baginda itu akan menjadi dara tua. Tanpa bertanya kepada Puteri Wanang Seri terlebih dahulu, Bendahara menerima maksud kedatangan rombongan itu dan pertunangan serta perkahwinan ditetapkan dalam jangka masa 4 purnama.

Ada pun Puteri Wanang Seri sewaktu menerima perkhabaran itu tiadalah dia bersuara melainkan tunduk berdiam diri sahaja. Bendahara dan sekelian menteri serta hamba rakyat kemudian sibuk mendirikan balai diraja untuk tujuan kenduri perkahwinan itu kelak. Malah rakyat jelata turut bergembira menyambut berita
bahawa Puteri Wanang Seri akan berkahwin dengan orang besar dari Melaka.

"Ampun Tuanku, sembah patik pohonkan diampun" sembah Inang Tua pada suatu hari.

"Ada apa Inang? katakanlah.." Titah baginda Bendahara Paduka Raja.

"Ampun Tuanku. Adapun kita ini kekurangan suatu barang buat hantaran ke Melaka nanti. Jika ada keizinan Tuanku, patik ingin ke Pekan untuk mendapatkan barangan itu.."

"Apa gerangan barang itu Inang?" tanya Bendahara.

"Kain Cindai Kulit Manggis. Hendak dibeli 7 bidang.." sembah Inang Tua.

"Pergilah Inang..." Bendahara memberi izin.

"Izinkan anakanda turut serta, ayahanda.." sembah Puteri Wanang Seri kepada Bendahara Paduka Raja.

"Anakanda teringin benar hendak melihat pasar dan juga suasana di Pekan itu. Izinkanlah ayahanda, kerana tidak lama lagi, tidaklah anakanda dapat melihat negeri kita lagi...

"Baiklah. Ayahanda izinkan.."

Maka berangkatlah Puteri Wanang Seri menuju ke Pekan dengan menaiki usungan diiringi oleh juak-juak dan inang pengasuh. Perjalanan menuju ke Pekan itu mengambil masa setengah hari. Apabila matahari naik ke kepala, rombongan itu berhenti di sebuah kolam yang jernih bagi melepaskan penat lelah dan dahaga.

"Inang, bawakan air untuk beta. Beta dahaga, inang" titah Puteri Wanang Seri.

"Baik, Tuanku.."

Inang kemudiannya pergi ke tepian kolam dengan membawa sebiji buyung. Suasana di kolam itu teramat cantik. Ibarat syurga dunia layaknya. Burung-burung bersiul berterbangan. Pokok-pokok merimbun menghiasi tepiannya. Permukaan airnya sangat jernih. Pendeknya terasa segar tubuh badan melihat pemandangan ciptaan tuhan itu. Inang itu tahu bahawa dia tidak harus berlama-lama di situ. Kelak dibimbangi tuan puteri jatuh murka.

Sebaik sahaja sampai di tempat peristerihat tuan puteri, inang itu terus menceritakan hal kolam yang cantik itu. Puteri Wanang Seri terus terpesona ingin melihat pemandangan kolam itu. Terus sahaja baginda berangkat ke tepian kolam itu. Benar kata inang itu. Pemandangan kolam itu sungguh cantik hingga membuatkan hati Puteri Wanang Seri merasa sangat sukacita. Baginda kemudian bersyair dan bermadah menghiburkan hati baginda sambil diselangi dengan tawa inang-inang pengiring.

Di kala itu, seorang putera kayangan yang bernama Raja Mambang Segara sedang berburu di sekitar kolam itu. Adapun Raja Mambang Segara ini adalah anak Raja Kayangan, Raja Laksamana Petir yang berdiam di kemuncak Gunung Tahan. Apakala terpandangkan rombongan itu sedang bersuka-sukaan, dan melihat pula panji kebesaran putera-puteri diraja sedang berkibar ditiup semilir waktu tengahari, tahulah baginda bahawa rombongan itu adalah rombongan Puteri Wanang Seri. Sudah banyak khabar berita yang baginda dengar tentang Puteri Wanang Seri itu. Baginda ingin melihat kecantikan Puteri Wanang Seri selain dari menguji ilmu kepandaian puteri itu.

Raja Mambang Segara kemudian menukarkan dirinya menjadi seekor burung merpati berwarna putih bersih. Lalu burung merpati itu terbang hinggap di atas ranting pokok berhampiran dengan tempat Puteri Wanang Seri sedang beristirehat. Tatkala terpandangkan merpati putih itu, Inang Tua langsung menegur.
"Eh, eh. Cantiknya burung merpati itu tuan puteri. Lihat tu.."

Puteri Wanang Seri sewaktu itu sedang membelakangi burung merpati itu. Sewaktu mendengar suara inang tua itu, hati Puteri Wanang Seri lantas berdebar-debar. Seperti ada lelaki yang sedang memandangnya. Sewaktu menoleh ke arah burung merpati itu, Puteri Wanang Seri segera menarik tudung menutupi wajah baginda.
Melihat sahaja akan burung merpati putih itu, hati baginda terus tertawan. Lantas diperintah juak-juak pengiring menangkap burung merpati itu. Anehnya burung merpati itu langsung tidak melarikan diri. Seolah merelakan dirinya ditangkap oleh juak-juak itu pula. Puteri Wanang Seri merasa amat sukacita mendapat burung yang jinak itu. Terus sahaja baginda membelai dan bermain-main dengan burung merpati itu.

"Siapakah gerangan engkau wahai burung merpati? Kenapa beta tiba-tiba jatuh kasih kepadamu. Katakanlah wahai burung.." madah baginda seolah-olah burung itu memahami kata-kata baginda.

Burung merpati itu terbang hinggap di atas jari telunjuk Puteri Wanang Seri.

"Kenapa Tuan Puteri menutup wajah Tuan Puteri?" tanya Inang Pengasuh.

"Entahlah inang. Hati beta merasa berdebar-debar melihat burung merpati ini. Beta merasa malu pula. Seperti burung merpati ini seorang lelaki layaknya..."

Mendengarkan madah Puteri Wanang Seri itu sekelian inang ketawa lucu.

"Ada-ada sahaja Tuan Puteri ini.. Inikan hanya seekor burung?" kata Inang Tua.
Setelah terlerai segala lelah yang mengikat urat saraf, tibalah masanya rombongan itu berangkat meneruskan perjalanan.

"Terbanglah engkau wahai merpati. Beta tidak dapat hendak membawa kamu bersama kerana beta tidak sampai hati hendak mengurung kamu di dalam sangkar. Kamu tentu inginkan kebebasan. Berat rasanya hati beta hendak berpisah dengan kamu. Hati beta sudah jatuh kasih padamu wahai burung. Walau bagaimanapun pulanglah engkau ke tempat asal engkau. Selamat jalan, burung..."

Ketika itu airmata hiba Puteri Wanang Seri jatuh ibarat karang yang berderaian. Burung merpati itu kemudian terbang jauh melintasi kolam itu.

Setelah rombongan itu berangkat pergi, burung merpati itu bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara. Tahulah Raja Mambang Segara bahawa Puteri Wanang Seri itu seorang puteri yang budiman. Walaupun Puteri Wanang Seri itu sekadar memperlihatkan matanya, namun Raja Mambang Segara dapat merasakan bahawa puteri itu tersangat jelita. Hati Raja Mambang Segara sudah terpikat. Tanpa berlengah, baginda menuruti jejak rombongan itu menuju ke Pekan.

Ada pun rombongan Puteri Wanang Seri itu tiba di Pekan. Pekan merupakan sebuah kota yang sibuk dengan pasarnya. Hamba rakyat yang mendiaminya sangat ramai dengan aneka jualan dan juga permainan di dalam pasarnya. Rakyat jelata apakala mengetahui rombongan Puteri Wanang Seri mengunjungi kota itu, terus sekelian hamba memberi pelbagai hadiah buat tuan puteri dan juga Paduka Bendahara.

Raja Mambang Segara yang baru tiba di Pekan itu kemudian menukarkan dirinya menjadi seorang pemuda buruk yang berpakaian compang camping. Baginda kemudiannya mendekati usungan Puteri Wanang Seri lalu menghulurkan sebiji talam yang sangat cantik ukirannya.

"Ampun Tuanku, sembah pacal yang hina. Terimalah pemberian yang tidak seberapa dari hamba yang hina ini..."

Puteri Wanang Seri menarik tabir usungan. Dilihatnya seorang pemuda buruk sedang memegang talam yang
sangat halus buatannya. Dilihatnya pemuda itu sangat comot tetapi matanya bercahaya dan bersinar galak. Puteri Wanang Seri merasakan darahnya menyimbah naik ke muka apakala menentang sinar mata pemuda miskin itu.

"Terima kasih orang muda. Beta merasa berbesar hati menerima hadiah dari kamu.. Budi kamu beta junjung"
Setelah memperolehi Kain Cindai Kulit Manggis 7 bidang itu, rombongan itu pulang ke istana. Malamnya pula Puteri Wanang Seri tidak dapat melelapkan mata, asyik terkenangkan pemuda comot itu. Kesokan paginya, sebaik sahaja ayam berkokok dan fajar menyinsing, Puteri Wanang Seri sudah bersiap-siap berlanggir untuk menuju ke Pekan dengan ditemani oleh inang-dayang dan juga juak-juak.

Seperti hari sebelumnya itu, Puteri Wanang Seri bertemu dengan pemuda yang memakai pakaian compang camping itu lagi. Kali ini pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekaki payung berwarna kuning.

Hari yang ketiga, Puteri Wanang Seri turun lagi mengunjungi Pekan. Hari yang ketiga itu, pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekuntum Bunga Melur.

"Orang muda..." titah Puteri Wanang Seri.

"Patik, Tuanku.."

"Tahukah kamu bersilat dan bermain senjata..?" tanya tuan puteri.

"Hamba erti sedikit-sedikit, Tuanku" jawab pemuda itu.

"Mahukah kamu kalau beta mengajak kamu bersayembara di gelanggang silat?" tanya Puteri Wanang Seri lagi.
"Jika itu sudah kemahuan Tuanku, patik menurut sahaja..."

Maka hari sayembara itu ditetapkan. Sekelian hamba rakyat keluar menyaksikan pertarungan persilatan antara Puteri Wanang Seri dengan pemuda miskin yang ditemuinya di Pekan. Sebaik sahaja ditiup nafiri, Tuan Puteri Wanang Seri masuk ke gelanggang silat lengkap berpakaian kebesaran. Bertudung menutupi wajahnya sebagai tanda menjaga maruah puteri melayu. Di gelanggang persilatan, pemuda comot itu sedia menanti.
Puteri Wanang Seri sangat perwira dan tidak pernah kalah walau sekalipun sebelum sayembara itu. Baginda merasa amat pasti bahawa baginda akan memenangi pertarungan itu. Kedua-dua belah pihak saling bertukar pukulan dan buah kilas. Sesekali jurus yang dikeluarkan adalah jurus kebatinan yang memukul dari jauh. Segala pukulan yang ditujukan ke arah pemuda itu dapat dikesampingkannya dengan sempurna malah ilmu persilatan pemuda itu jauh lebih hebat daripada ilmu pertempuran Puteri Wanang Seri.

Mereka saling berasak-asak dengan pukulan yang merbahaya sehingga akhirnya pemuda itu melancarkan jurus pukulan yang sangat hebat. Puteri Wanang Seri tahu bahawa dia akan tewas dalam sayembara itu. Bagi menjaga maruah istana, baginda merasakan bahawa baginda harus memenangi sayembara itu walau dengan apa cara sekalipun. Di saat yang genting itu, Puteri Wanang Seri menarik tudung yang menutupi wajahnya lalu terlihatlah seri cahaya wajahnya yang gilang gemilang. Melihatkan kecantikan puteri itu, pemuda comot itu terus jatuh pengsan akibat gelora nafsu yang tidak tertahan.

Sebaik sahaja pemuda comot itu pengsan, hilang sementara waktu segala kesaktiannya. Pemuda comot itu tidak semena-mena bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara, lengkap berpakaian kebesaran serta busar panahnya terletak di sisi. Melihatkan hal itu, Puteri Wanang Seri segera menitahkan agar Raja Mambang Segara yang masih tidak sedarkan diri diusung naik ke istana.

Raja Mambang Segara pengsan tidak sedarkan diri selama setengah hari. Peristiwa itu disaksikan oleh Raja Laksamana Petir dari Kemuncak Gunung Tahan melalui cermin hikmat baginda. Baginda merasa amat murka terhadap Raja Mambang Segara kerana tidak harus keturunan baginda tewas dengan kecantikan seorang manusia. Baginda kemudian menghantar utusannya untuk mengambil Raja Mambang Segara yang masih belum sedarkan diri di istana Inderapura.

Arakian, muncullah petir dan kilat sabung-menyabung di langit tinggi. Puteri Wanang Seri masih setia di sisi Raja Mambang Segara namun dilihat oleh baginda, jasad Raja Mambang Segara semakin lama semakin menipis. Baginda puteri terkejut dengan kejadian itu. Tiba-tiba menjelma kilat dari langit beserta yang letupan guruh yang memekakkan telinga membelah udara istana. Jasad Raja Mambang Segara lenyap dari pandangan. Puteri Wanang Seri terus jatuh pengsan.

Dalam tidak sedarkan diri itu, Puteri Wanang Seri bermimpi bertemu dengan seorang pendita.
"Wahai Puteri Wanang Seri. Nama anak raja itu ialah Raja Mambang Segara. Ayahandanya bernama Raja Laksamana Petir. Jika Tuan Puteri kasihkan ia, carilah ia di kemuncak Gunung Tahan. Di sanalah ayahandanya berkerajaan".

Ada pun keesokan harinya, Puteri Wanang Seri dikhabarkan lenyap dari istana. Ada yang mengatakan bahawa Puteri Wanang Seri telah berangkat ke Kemuncak Gunung Tahan mencari kekasih hati baginda. Kadang-kadang Puteri Wanang Seri dilihat muncul di Inderapura bersama dua orang pengiring perempuan. Seorang sedang memayungi Puteri Wanang Seri dengan payung berwarna kuning manakala seorang lagi pengiring baginda menaburi langkah Puteri Wanang Seri dengan bunga-bunga yang diisi di dalam talam berukiran indah. Nama Puteri Wanang Seri kemudiannya lebih dikenali ke hari ini sebagai Puteri Walinong Sari. Wallahua'lam.

Walinongsari

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang
Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, pandai melambung lembing
Pandai melambung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads