Followers

Sunday, May 16, 2010

exam is around da corner


salam..
adoyai exam dah nak menjelma...
takut la plak....
jom..jom..baca buku....
semoga dalam exam kali ini aku akan beroleh kejayaan..
sama2 kita berdoa dan berusaha serta bertawakal.

Thursday, April 22, 2010

KEMAHIRAN GENERIK, ELEMEN PENGURUSAN BESTARI DAN NILAI MURNI

KEMAHIRAN BERFIKIR

- mengkategori
- mengenalpasti
- buat keputusan
- hubungkait
- jana idea
- banding beza
-interpretasi
- meramal
- mencirikan
- buat urutan
menilai
reka cipta
menyusun ikut keutamaan /keperluan dll

KEMAHIRAN BELAJAR

- urus masa
- m'peroleh maklumat
- membaca
- mendengar
- m'buat nota
- memotivasi
- mengingat
- menjawab soalan
- menulis
- komunikasi
- taakulan
- memerhati
- dll

TEORI KECERGASAN PELBAGAI (TKP/ MI )

- visual ruang
- bodily kinestatik
- verbal linguistik
- muzik
- matematik
- intrapersonal ( dalaman )
- intepersonal
- naturalis

16 NILAI MURNI

-baik hati
-berdikari
-hemah tinggi
-hormat-menghormati
-kasih sayang
-keadilan
-kebebasan
-keberanian
-kebersihan
kejujuran
-kerajinan
-kerjasama
-kesederhanaan
-kesyukuran
-rasional
-semangat bermasyarakat

Monday, April 19, 2010

PENTAKSIRAN DAN PENGUJIAN

Pentaksiran
  • Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Definisi Pentaksiran

  • Satu proses mndapatkan mklumat dan seterusnya mmbuat penghakiman ttg produk sstu proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran

  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa p&p.
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p.
  • Mmperbaiki pengajaran-pembelajaran.


Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik

  • Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
  • Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja2 susulan yg dilaksanakan secara berpusat @ berasaskan sekolah.
  • Kemudahtafsiran – maklumat ttg calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
  • Kekomprehensifan – mengandungi soalan2 yg mewakili semua objektif yang penting.

Pengujian

Definisi Ujian

  • Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
  • Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)


KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN

a)Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
b)Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
c)Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
d)Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.

e)Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
f)Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
g)Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.


JENIS-JENIS UJIAN BAHASA

a)Ujian pencapaian
b)Ujian penempatan
c)Ujian bakat
d)Ujian diagnostik
e)Ujian formatif
f)Ujian binaan guru

BENTUK-BENTUK UJIAN

A.Ujian Objektif
B.Ujian Subjektif


Ujian Objektif

  • Ujian yang pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas.
  • Pelbagai jenis item objektif tetapi terdapat satu ciri yang serupa iaitu ia menghidangkan kepada pelajar tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas yang boleh dibuat.


Ciri-ciri Ujian Objektif


a)Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau menentukan jawapan-jawapan yang telah disediakan
b)Dalam ujian jenis ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir
c)Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujian
d)Ujian ini dengan tepatnya menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar-pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa pelajar itu.
e)Keadilan sepenuhnya dalam permarkahan
f)Padat dan ringkas


Jenis-jenis Ujian Objektif

a)Item jawapan pendek
b)Item objektif jenis pilihan
c)Item aneka pilihan
d)Item betul-salah
e)Item padanan
f)Item key list
g)Item aturan terbaik
h)Item objektif Kloz


Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif


Kebaikan
I.Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas penilaian yang jelas dan tepat.
II.Tidak menggalakan penipuan.
III.Boleh di skor dengan tepat.
IV.Pemeriksaan boleh dipercayai


Kelemahan
I.Kecendurungkan pelajar untuk meneka.
II.Tidak dapat mengukur keaslian.

Ujian Subjektif

•Selalunya dibuat dalam bentuk esei dan pelajar-pelajar diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi.
•Peluang memberi gerka balas terhadap tulisan mereka sendiri.
•Ujian ini meminta calon membuktikan kefahaman terhadap soalan yang dijawab.


Ciri-ciri Ujian Subjektif

a)Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya menghasilkan jawapan dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.
b)Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.
c)Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran pemarkahan jawapan.
d)Menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.


Jenis-jenis Ujian Subjektif

a)Jenis gerak balas terhad
b)Jenis gerak balas lanjutan


Kebaikan dan Kelemahan Ujian Subjetif

Kebaikan
I.Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang sedikit.
II.Mengurangkan tekaan jawapan.
III.Potensi mengukur keaslian.

Kelemahan
I.Nilai potensi diagnostik yang rendah.
II.Pemeriksaan kurang dipercayai.
III.Tidak boleh diskor dengan mesin dan memerlukan orang yang terlatih.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA

a)Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)

b)Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.
c)Menulis soalan.
d)Mentadbir ujian.
e)Menganalisa keputusan
f)Menilai pengajaran.
g)Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.


Penilaian

  • satu aktiviti atau proses yang brsistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajran.
  • Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian Formatif

  • Ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
  • Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan p&p serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.

Penilaian Formatif

  • Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses p&p, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.

Penilaian Sumatif

  • Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
  • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.


Cara Melaksanakan Penilaian

  • Terdapat dua cara melaksanakannya :
    1.Informal
    -Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
    2.Formal
    -Seperti ujian pensel dan kertas.
  • Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
  • Semua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
  • Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
  • Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
  • Rekod prestasi akan menunjukksn pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.

Thursday, April 8, 2010

SELAMAT HARI IBU

selamat hari ibu

pada semua ibu yang ada...
pada mak " i love you"
..more than words can say...




Wednesday, March 31, 2010

Bismillah Enam


Antara Fazilat Bismillah Enam adalah seperti berikut:
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Di jauhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang-binatang buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Tuesday, March 9, 2010

guru pembina negara bangsa


guru pembina negara bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


p/s lagu kami kami skuad koirmasa ari guru thun lepas.. walaupown ip dato razali yg masuk tv, skuad kami just kat ip diaorg,, semua lec kata skuad kitorg lagi bagus..

semangat guru2 malaysia

http://www.aimini.net/view/?fid=DwVkL25IA5Hb697HbdMu


Sunday, March 7, 2010

SEM 5 PSS 3109 SUMBER P&P DLM PS








~~KANCIL DAN CUACA~~







Didalam sebuah hutan yg indah, terdapat seekor kancil. kancil tersebut
sedang berjalan ke jamuan Tahunan warga rimba.

Semasa di dlm perjalanan, sang kancil tiba di kaw yg sgt panas. sang kancil mengeluh, "panasnya hari ini '. lalu sang kancil mendongak dan melihat kelangit.


"Wahai matahari knp kau disitu?" tanya kancil. "aku sdng memancarkan cahaya kpd semua hidupan di bumi", jawab matahari. "tapi engkau telah menyebabkab seluruh kawasan ini menjadi panas"kata Kancil lagi. sambil tersenyum matahari berkata,"kancil, aku amat penting utk semua kehidupan, aku memancarkan cahaya agar semua kehidupan dapat terus hidup, manusia memerlukan aku utk melakukan kerja seharian mereka". kancil memohon maaf kerana khilafnya.

Tiba di satu kaw, sang kancil terganggu oleh tiupan angin.
Dia memberhentikan langkah dan mendongak keatas lalu melihat
Sang Angin leka menghembuskan angin.
"Wahai angin knp engkan menghembuskan anign dgn begitu kuat?", tanya kancil.

“ aku menghembuskan angin untuk menyejukan kawasan yang panas. Manusia juga menggunakan aku untuk berhibur seperti bermain laying-layang.” Balas Sang Angin.

Kancil pun mengakui tentang kepentingan angin dan meneruskan perjalanannya.





Setibanya disebuah kawasan, Sang kancil berasa hairan kerana kawasan itu redup. Sang kancil mendonggak ke langit dan mendapati matahari tidak kelihatan kerana ditutupi awan.




Awan redup yang dapat melihat kerisauan Sang Kancil berkata. “ tidak perlu engkau risau wahai kancil, aku bukan menghilangkan matahari, aku cuma melindungi bumi dari panas yang keterlaluan. Aku amat penting dalam kehidupan untuk memastikan semua kehidupan tidak menderita kepanasan. Aku juga membantu manusia dan hidupan lain untuk bergerak di muka bumi ini dengan lebih nyaman.” Ucap awan lagi.Sang Kancil tersenyum kepada awan dan meneruskan perjalanan.



Ketika cuba melepasi sebuah lurah. Sang Kancil menyedari suasana menjadi semakin gelap. Dia melihat awan menjadi mendung.“Awan, kenapa kau menjadi mendung?” Tanya kancil dengan nada yang risau.

Awan menjawab “ aku telah menjadi mendung kerana aku menampung air yang banyak. Sekejap lagi hari akan hujan.”Kancil mengangguk faham dan meneruskan perjalanan.




Tidak berapa langkah berjalan, hujan mula turun.

Sang kancil berkata “ jadi kamu adalah hujan yang berada didalam perut awan mendung tadi?”

Hujan menjawab “ya.”

Kancil bertanya lagi “ apakah kegunaan kamu?”

“ aku membekalkan air kepada kehidupan untuk meneruskan hidup. Tanpa aku, bumi akan kekeringan.” Jawab hujan

Kancil faham dengan jawapan hujan dan meneruskan perjalannya.






Sang kancil sangat gembira kerana banyak ilmu yang dipelajarinya hari ini.

Setibanya di kawasan jamua, semua warga rimba telah tiba. Dia menceritakan perjalanannya kepada haiwan yang lain.

Semua haiwan mendengan cerita kancil dengan penuh perhatian.


Soalan :

1) Apakah kepentingan matahari kepada manusia?

_______________________________________

_______________________________________

2) Kenapa berlakunya hujan?

_______________________________________

_______________________________________

3) Mengapa sang kancil mengeluh?

_______________________________________

_______________________________________


soalan ini untuk meneguhkan hasil pembelajaran. dan sbgi bhn lahtn utk

murid..semasa refleksi guru boleh menggunakan ini..

disediakan oleh
mohd syazwan affandi rozali
mohd joehalizan monamed ali
abd rafi abd karim
mohd fauzan hhanif mohamad rodzuki


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads