Followers

Tuesday, August 23, 2011

Guru & cabaran semasa (emosi)

Taia dlm kelas guru n cbrn sms terasa amat seronok??
kenapa?? entah tapi pendekatan pedagogi yang Tn Hj Mansor guna amat baik..
tajuk emosi.. setiap pelajar ditannya tentang definisi emosi..
setiap satu ditulis di depan. bayangkan apa jawapan korang setelah menjadi orang terakhir ditanya. tentu sekali banyak jawapan korang dah disonglap. tapi aku cool aku mendefinisikan emosi itu segagai "satu perasaan yang halus dan bersifat kejiwaan".
macam jambu je..

kami dikehendaki membuat sajak, carpen atau apa sahaja untuk menceritakan tengtang definisi emosi oleh setiap orang. dan aku teampil dengan sajak aku tengtang emosi..
nak tahu.. aku tulis sikit. tapi maaflah aku bukan pandai sangat bab2 ni..

EMOSI

Emosi kekadang suka kekadang duka,
mengalir dari hati keminda,
memebawa kepada pengaruh tingkahlaku,
mewujudkan persoalan sebab akibat,
dan menjadikan pelakuan negati, positif.

Emosi perasaan seseorang,
emosi mempengaruhi pemikiran,
emosi mempengaruhi diri,
emosi mengemudi reaksi peribadi.

perasaan ini subjektif, ia tidak tetap,
perasaan ini halus dan bersifat kejiwaan,
perasaan ini abstrak,
tidak boleh dilihat dan tidak tetp.

Heheheheheh saja kau.
entah apa pendapat korang.
=)

Monday, August 22, 2011

Kamu beruntung wahai kaum wanita

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...
Jadilah Bidadari di mata suami anda...

Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa
Mati itu pasti dan hidup iniĆ¢€¦. INSAALLAH
"Ingatlah, siapa pun engkau sekarang, betapa tinggi pun pangkat dan kekuasaan kamu, suatu saat nanti kamu pasti berubah menjadi tulang yang busuk (mati). Justeru, bertindak adil lah kamu seperti huruf alif yang lurus, adil di atas dan adil di bawah." - Khalifah Umar al-Khattab

novalis terkemuka negara kembali kerahmatullah al-fatihah Utz Azizi Abdullah

GEORGE TOWN, 21 Ogos (Bernama) - Popular novel Azizi Abdullah, yang dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi di Hospital Pulau Pinang pada Ogos 11, meninggal dunia di hospital pagi ini.

Utusan Pengguna assistant editor, Mohd Ridzuan Mohamad, ketika dihubungi, berkata keadaan yang berusia 69 tahun Azizi, yang dimasukkan ke hospital sejak Mac dan menjalani pembedahan jantung pada bulan April, telah menjadi tidak stabil berikutan kencing manis serangan bakteria, dan masalah buah pinggang dan meninggal dunia di 7,50 pagi hari ini.

Azizi, guru Pengajian Islam bekas, dikenali bagi novel yang bertajuk "Seorang Tua di Kaki Gunung" selepas ia telah dijadikan teks sastera wajib untuk pelajar Tingkatan Lima 20 tahun yang lalu.

Mohd Ridzuan berkata badan Azizi telah dihantar pulang di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

Setelah bersara sebagai seorang guru, Azizi, selain aktif menulis novel dan satira politik, berkhidmat sebagai editor Utusan rencana publised oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Dua novel terbaru beliau, 'Anak Belantera' dan 'Ribut Cinta', klik rak beberapa bulan yang lalu.

- BERNAMA

Saturday, August 20, 2011

Sedikit Fakta


=)
sedikit fakta
kadang2 kita x hirau pun dan kadang2 kita tak terfikirpun
itu kebesaran Ilahi...
nahh info sket

-Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja
-Kucing tidak boleh merasa rasa manis
-Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.
-Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
-Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman
-Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
-Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.
-Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter
-Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
-Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia
-Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer
-Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya
-Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar
-Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya
-Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.
-Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
-Siput boleh tidur sehingga tiga tahun

Kebesaran Ilahi

kawan sejati

Assalammualaikum kpd Teman²

Sahabat atau kawan atau teman banyak yang boleh kita sebutkan, tapi tahukah kita erti sahabat sebenar? Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang. Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu. Jika Sahabat . Kawan . Teman . anda seperti ini hargailah mereka insha Allah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!
1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita
2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita
3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.
sahabat . kawan . teman
yang
TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat . kawan . teman
yang
HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.

sahabat . kawan . teman
yang
PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.

sahabat . kawan . teman
yang
BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, suka berkeliaran ‘melepak’ yang tidak kena waktunya dan suka ke tempat hiburan ‘clubing’ dan semua pekara yang sama dengannya.

Jadi berhati²lah memilih sahabat , kawan atau teman kerana mereka boleh mencerminkan keperibadian kita, sebaik-baiknya berkawanlah kerana Allah s.w.t untuk mendapat redhaNya

Friday, August 19, 2011

baju Raya Kaler Kuning 2011

as salammm
Baju warna kuning... mungkin yg dah ada dan mungkin yg nak pakai warna kuning thn ni..
Its ok guys.. itu hak masing2, tak ada siapa nak halang..

tgh duk blogging ni terjumpa satu artikel seorg ni agak berpengaruh dan berjawatan jugak, Menyeru dan mengajak setiap org memakai bju berwarna kuning, termasuk jugak kuih pon nak warna kuning.. Siap buat bisnes baju raya berwarna kuning.. individu ini ada title Dr kt dpn nama dia. Dr falsafah kot..

katanya sempena kempen bersih 2.0.
kata Dr tp fikiran x rasional. hg nak ajak pakai kaler apa pon x kisah lah..
tp yg muskil kepada Dr ni lps bg tazkirah Magrib duk ajak jemmah yg bkn2,
ajak org kearah keburukan seperti membeci org tu baik ker???
Ni seorg yg bergelar Dr..

ingatkan lbh bijak tp sebaliknya...
aku rasA agak sedih sbb nk raya Aidilfitri yg umat Islam semua raikan Dr ni pulak boleh nak pecah belahkan umat..

aku bkn nk bersikap politik ke apa..
tp fikir lah Dr.. nikmak aidilfitri yg Allah swt bg utk umat buat apa hg nk bg masyarakat pecah belah dan saling curiga..
apa motif hg??

aku cuma luahkan sebagai seorg umat islam..
kpd bloggers lain yg x phm sila search pasal ni.. nnt korang tahu ye..
ok imarahkan mlm ramadhan kita
Salam Alaikh

Thursday, August 18, 2011

Iman Sang semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads