Followers

Wednesday, October 12, 2011

Ahmad Jais pergi buat selamanya


HUJAN pagi semalam seakan membawa khabar sedih pemergian Biduan Negara, Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, jam 9.20 pagi.

Allahyarham yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Ambang Sore, Budi Setahun Segunung Intan dan Azizah itu mula dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor kerana mengadu penat selepas menjayakan satu persembahan Aidilfitri di Matic, Jalan Ampang pada 9 September sebelum dipindahkan ke DEMC kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Dalam usia emas, Allahyarham mempunyai penglihatan yang baik dan lebih suka memandu kereta sendiri biarpun pada malam hari kerana tidak percaya kalau orang lain yang memandu.


Ke mana pun pergi, lebih yakin memandu sendiri dan hidup sendirian selepas kematian isteri, Datin Mas Alilah Mas Nayin pada 22 Jun 2009.

HUJAN pagi semalam seakan membawa khabar sedih pemergian Biduan Negara, Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, jam 9.20 pagi.

Allahyarham yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Ambang Sore, Budi Setahun Segunung Intan dan Azizah itu mula dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor kerana mengadu penat selepas menjayakan satu persembahan Aidilfitri di Matic, Jalan Ampang pada 9 September sebelum dipindahkan ke DEMC kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Dalam usia emas, Allahyarham mempunyai penglihatan yang baik dan lebih suka memandu kereta sendiri biarpun pada malam hari kerana tidak percaya kalau orang lain yang memandu.


Ke mana pun pergi, lebih yakin memandu sendiri dan hidup sendirian selepas kematian isteri, Datin Mas Alilah Mas Nayin pada 22 Jun 2009.


Allahyarham juga tidak mengamalkan amalan tertentu untuk menjaga suara kerana baginya suara adalah anugerah Tuhan.

Namun, katanya, sejak kecil ibunya tidak membenarkan dia minum ais batu.

Katanya, ais itu sejuk di luar tapi panas di dalam. Dia tidak pernah menyentuhnya sejak sekolah rendah lagi kerana mengikut kata-kata ibunya yang dipegang sehingga hayatnya.

Walaupun dipanjat usia dan keadaan kesihatan kurang sihat, Allahyarham tetap bersemangat menyanyi. Ketika menjayakan Konsert Terima Kasih Harian Metro pada 26 Mac lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Allahyarham berganding dengan artis generasi baru, Bunkface untuk lagu popularnya, Umpan Jinak Di Air Tenang dan persembahan mereka disaksikan 100,000 penonton.

Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sebagai anak seni yang sama-sama berjuang dengannya, pemergian Ahmad Jais amat dirasai.

“Saya pernah menjayakan beberapa persembahan bersama arwah dan menyifatkan beliau seorang individu yang ceria dan gembira. Tidak pernah saya melihat dia dalam ‘mood’ yang tak baik sebaliknya muncul dengan wajah riang. Seorang yang mesra dan mudah didekati.

“Malah, arwah juga seorang yang sentiasa menjaga penampilannya. Setiap kali muncul di pentas, beliau pasti tampil kemas dalam gaya tersendiri. Kali terakhir saya bersua serta beraksi di pentas sama dengannya sekitar Jun lalu.

“Saya kagum kerana arwah anak seni sejati yang aktif dalam bidang seni sepanjang hayatnya.

“Saya yakin dengan keikhlasan dan ketelusan arwah menghiburkan masyarakat, beliau disayangi ramai orang dan peminat yang sentiasa menyokongnya,” katanya.

Jamal Abdillah menyifatkan beliau seorang yang begitu merendah diri dan tidak pernah menunjukkan kesusahan dalam kepayahan dialaminya.

“Arwah sentiasa mengukir senyuman dan tampil dengan wajah gembira. Saya juga tidak pernah mendengar beliau merungut mengenai apa-apa pun berkaitan industri hiburan tanah air.

“Bagaimanapun, industri hari ini (semalam) kehilangan seorang artis yang memiliki suara tiada tandingan dan galang gantinya. Kini tiada lagi suara lemak merdu dan meruntun jiwa dapat menghiburkan pendengar dengan dendangan lagu Melayu asli yang hebat, mantap dan bertenaga. Usia tidak menjadi penghalang arwah menampilkan persembahan terbaik,” katanya.

Penyanyi Aishah yang juga popular dengan lagu Bahtera Merdeka menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang suka berterus-terang.

Katanya, dalam satu persembahan arwah pernah bertanya kepadanya mengapa suka sangat mendendangkan lagunya.

“Ketika itu, kami baru beraksi di pentas sama, jadi saya terkejut. Sebenarnya arwah mahu memuji saya kerana dapat menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dengan baik.

“Saya masih ingat kata arwah yang beliau pun tidak pernah terfikir menyanyikan lagu itu dengan lenggok.

“Pernah beberapa kali membuat persembahan bersama, arwah yang sering melihat saya membawa anak di belakang pentas, menegur mengatakan tidak tahu bagaimana saya mampu menguruskan anak dan menyanyi dalam masa yang sama.

“Sebagai seorang yang mengambil berat, jika saya tidak membawa anak bersama, beliau akan tanya juga. Begitulah sikap arwah yang ceria, peramah dan sangat suka berterus-terang. Apa saja yang beliau suka atau tidak suka, pasti diluahkannya,” katanya.

Dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada 28 Mac 1936, Allahyarham berhijrah ke Singapura pada 1959 dan sering menyertai pertandingan menyanyi dan menjadi juara pertandingan Lagu Asli Singapura pada 1959 dan 1960 hingga tidak dibenarkan bertanding pada 1961.

Tidak patah semangat, Ahmad Jais menyertai Lagu Pop Singapura dan menjadi juara pada 1961 lalu kembali menyertai Lagu Asli Singapura pada 1962 dan menjadi juara.

Sewaktu membuat persembahan di Panggung Victoria bersama kumpulan Seriwarna, kehebatan suaranya menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Panggung Victoria juga menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan hingga ramai membuka mata dengan kemerduan suaranya.

Album pertama dirakamkan pada 1965 dengan lagu Kucupan Azimat dan Ahmad Jais merakamkan lebih 100 lagu dan menghasilkan 15 album.

Antara lagu popularnya, Bunga Ku Puja Di Petik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah, Bahtera Merdeka, Harapan Kecewa, Kau Pergi Tanpa Relaku dan Lembaran Terakhir.

Selain menyanyi solo, �Allahyarham juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang menerusi lagu Juwitaku Sayang dan lagu Budi Setahun Segunung Intan duet dengan Kartina Dahari yang dimuatkan dalam filem Aksi Kucing.

Setiap kali menyambut Aidilfitri, alunan suaranya untuk lagu Selamat Hari Raya menjadi kemestian menjelang Syawal.

Kemuncak kariernya dalam bidang seni hadir pada 23 Mac 2007 apabila mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Sepanjang kariernya, �Allahyarham turut berlakon filem Aksi Kucing, Dara Kula dan Si Badul. Pada 2001 menerima anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita dan Anugerah Biduan Veteran di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 (ABPBH 2002).

Allahyarham menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda ke-63 pada 2006.

Al-Fatihah...semoga roh �Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang dikasihi Allah...amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads