Penjagaan bateri bukanlah sekadar memastikan laptop anda jauh dari serangan virus, tetapi penjagaan bateri juga amat penting. Manalah tahu sekiranya kita terpaksa menggunakan laptop di kawasan yang tiada sumber elektrik.
Sekarang ni dah banyak jenis bateri yang dijual di pasaran. Ada yang dibuat memang mempunyai kemampuan untuk beroperasi pada jangka masa yang lama tapi berapa lamakah bateri itu mampu bertahan? Berikut adalah tip atau langkah-langkah pengjagaan untuk memastikan bateri laptop mampu bertahan lama:
1).Jangan lupa untuk charge dahulu bateri baru anda sebelum menggunakannya. Ada sesetengah daripada kita yang akan terus menggunakan laptop kita yang baru dibeli tanpa mengecas terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop anda terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop anda mencapai tahap maksimum charge.
2). Skiranya anda mengecas bateri laptop, ketika laptop sedang berfungsi, cabut cable charger anda sebaik sahaja bateri anda telah penuh 100% agar bateri anda lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
3). Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat bersuhu bilik.
4). Jangan biarkan bateri anda di dalam kereta diwaktu panas. Bateri yang panas akan ‘discharge’ dengan sangat cepat, dan bateri yang berada pada suhu dingin (takat beku), tidak dapat menjana banyak kuasa.
5). Sekiranya anda menggunakan sumber kuasa dari luar tanggalkan bateri laptop anda.
6). Tambahkan Ram laptop anda agar penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.
7). Lakukan penyelenggaraan (defraging) pada hardisk anda agar penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop anda dapat dikurangkan. Gunakan software yang banyak terdapat dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop anda.
8). Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.
9). Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) laptop anda sekurang-kurangnya sekali sebulan agar bateri tahan lama.
No comments:
Post a Comment