Followers

Tuesday, May 3, 2011

Umpan jinak di air tenang

tgtgh2 view page2 dlm internet tercarik la lirik ni..
putis amat dgn lagunya yg mendayu-dayu. nyanyian dai hazi @ SM Salim..
Umpan jinak di air tenang

Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan
Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan

Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu di gadai jangan
Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu di gadai jangan

Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari
Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari

Jinak merpati makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati
Jinak merpati makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati

Seribu senyum seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa
Seribu senyum seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa

Kalau terkorban jiwa merana
Seribu sesal apa gunanya
Kalau terkorban jiwa merana
Seribu sesal apa gunanya

Merdu di dengar indah di pandang
Awaslah umpan di air tenang
Merdu di dengar indah di pandang
Awaslah umpan di air tenang

Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan
Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan

Monday, May 2, 2011

Aishah Isteri Rasulullah S.A.W.

Aisyah binti Abu Bakar
Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). Dia juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, kerana warna kulitnya sangat putih.
Dia dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW. Semasa Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham.
Keistimewaan Aisyah R.A:
1. Aisyah adalah isteri yang dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis. Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.
2. Dia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Dia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastera dan agama. Banyak pembesar sahabat yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah fiqh, dan dia pun menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.
3. Wanita yang dinyatakan kesuciannya dalam Al Qur’an. Kecintaan Rasulullah kepada Aisyah pernah menimbulkan kecemburuan di hati sesetengah orang. Mereka menuduh Aisyah berbuat zina, padahal dia adalah wanita yang sentiasa menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Allah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut di dalam Kitab-Nya.
4. Tentang Aisyah, Rasulullah pernah mengatakan, “Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita yang lainnya adalah seperti keutamaan tsarid (makanan yang terdiri dari roti dan daging) atas makanan lainnya.” (HR. Al-Bukhari)
5. Ketika Rasulullah SAW sakit, Beliau meminta izin kepada isteri-isterinya agar Baginda dirawat di rumah Aisyah.
6. Amr bin Ash pernah bertanya kepada Rasul, “Siapakah orang yang paling Anda cintai?” Beliau menjawab, “Aisyah”. “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. “Ayahnya, Abu Bakar”, jawab Beliau. “Kemudian siapa?” tanya Amr. “Umar bin Khattab”, jawab Beliau.” (HR. Al-Bukhari)
7. Satu-satunya wanita yang dinikahi Rasulullah yang masih gadis.
8. Aisyah adalah wanita terkemuka dengan segudang keistimewaan, terkemuka dalam kedermawanan, kezuhudan dan sifat-sifat yang mulia.
9. Jibril as. memberi salam kepadanya:
Ibnu Syihab menyatakan bahwa Abu Usamah berkata, “Sesungguhnya “Aisyah R.A pernah mengungkapkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Hai ‘Aisyah, ini Jibril. la mengucapkan salam kepadamu.” ’Aisyah membalas, “Wa ‘alaihis Salaam wa Rahmatullah wa Barakaatuh (semoga Jibril juga mendapat kesejahteraan, limpahan kasih sayang dan berkat dari Allah), Engkau (Rasulullah SAW) melihat sesuatu yang tidak dapat kulihat.” (Muttafaq ‘alaih)
10. Wahyu turun saat Nabi berselimut bersama Aisyah:
”….Demi Allah sesungguhnya Allah tidak pernah menurunkan wahyu ketika aku sedang dalam satu selimut dengan siapapun di antara kalian (isteri-isteri Nabi), selain Aisyah”. (HR Bukhari)
11. Wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.

Saturday, April 30, 2011

perkahwinan Ikram & Husnil

sekitar perkahwinan muhamad Ikram dan pasangan Husnil
di Homestay Kg Pulau Pisang Jitra
serious, tempat tu cantik terjaga.
dibawah antara snap yg sempat aku amex....


Sunday, April 24, 2011

MINGGU TERAKHIR PRAKTIKUM

SALAmmm..
ini merupakan minggu terakhir di SK Bukit Tempurong, bukan sedikit ilmu yang aku perolehi disini.. sua
sana yang amat menarik dan nyaman disamping keadaan yang tenteram serta aktiviti yang dilakukan. menyebabkan hati ini berat mahu melangkah pergi. SKBT menjanjikan pengalaman yang menarik. ini kerana barisan pentadbir yang cekap, mengutamakan keperluan muri yang penting selalu ada makan.. semoga murah rezeki SKBT. Guru-gurunya amat sempoii peramah. tidak lokek dalam menghulurkan apa-apa jenis bantuan sekalipun. waima mereka sendiri amat berat dalam tugasan murabbi mereka.anak-anak didik aku juga amat pandai dan meraka begitu rapat . sungguh kala ini rasa sungguh berat hati ini untuk malangkah pergi. pagi ini hati ini mula sedih bila menerima kad ucapan dari muri. mereka menyatakan perasaan sayang, sedih, pilu, dan lain-lain lagi... huhhhh... sedih rasa hati ini.. bergenang air mata.. sesungguhnya kalian ada tempat dihati ini..

walaupun, minggu terakhir ini penuh dengan ujian, aku redha dan semoga aku tabah dengan keadaan dan berita-berita yang aku terima. semoga hujung minggu ini tidak ada air mata yang tumpah kerana perpisahan sementara ini. aku sayang SKBT dan seluruh isinya.

Saturday, April 16, 2011

Model ASSURE

Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah (Heinich (1982).
  • A – Analyse learner (Analisis pelajar)
  • S – State objective (Nyatakan objektif)
  • S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
  • U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
  • R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
  • E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Saturday, March 26, 2011

hilang sudah bintang hollywood


DIA adalah antara bintang sebenar pertama dan dewi layar perak paling hebat yang terakhir.

Dunia terpesona dengan kisah cintanya, yang menyaksikan dia berkahwin lapan kali, termasuk dua kali dengan legenda filem, Richard Burton.
kesakitan yang dialaminya gagal menyekat keghairahan pemenang Oscar berganda itu untuk terus menjalani kehidupan sehingga berjaya mengumpulkan RM150 juta untuk tabung Aids.

Penerbit filem veteran, Michael Winner berkata: “Elizabeth Taylor adalah bintang paling glamor yang terakhir. Dia adalah bintang filem paling lama dalam sejarah dan menjadi lambang kemuncak serta tragedi yang menarik orang ramai ke Hollywood.”

Liz yang meninggal dunia Rabu lalu pada usia 79 tahun, dilahirkan kepada sepasang suami isteri yang taat pada ajaran Kristian di Hampstead, London Utara pada 27 Februari, 1932. Bapanya ialah peniaga lukisan yang kaya raya sementara ibunya, bekas pelakon Broadway.


Liz mula belajar menari ballet pada usia tiga tahun. Keluarganya kemudian berpindah ke Los Angeles sebaik Perang Dunia Kedua meletus. Filem pertama lakonannya ialah There’s One Born Every Minute. Dia kemudian muncul dalam Lassie Come Home.

Pada usia 12 tahun, dia memperoleh watak utama pertamanya untuk filem yang mendapat sambutan hangat, National Velvet. Pada 1950, dia berjaya sebagai pelakon dewasa menerusi filem Spencer Tracy in Father of the Bride.

Dia berkahwin kali pertama dengan pewaris rangkaian hotel Hilton, Conrad Hilton Jnr pada usia 18 tahun. Mereka bercerai dua tahun kemudian dan 20 hari selepas itu, Elizabeth berkahwin pula dengan pelakon Britain, Michael Wilding.

Mereka mempunyai dua anak sebelum bercerai pada 1957. Tidak lama kemudian. Liz kahwin pula dengan suami ketiganya, penerbit filem, Michael Todd.

Mereka dikurnia anak perempuan tetapi masalah ketika kelahiran menyebabkan Liz tidak sedarkan diri dan tidak boleh beranak lagi.

Liz muncul dalam 60 filem dan siri televisyen. Filemnya termasuk National Velvet (1944), Little Women (1949), A Place in the Sun (1951), Beau Brummell (1954), Giant (1956), Cat on a Hot Tin Roof (1958), Butterfield 8 (1960), Cleopatra (1963), Who’s Afraid of Virginia Woolf? (1966), Anne of the Thousand Days (1969), Under Milk Wood (1972), A Little Night Music (1977), The Mirror Crack’d (1980) and The Flintstones (1994).

Kemunculannya dalam televisyen pula termasuk siri North and South (1985 dan menggunakan suaranya dalam siri The Simpsons pada 1989. Todd mati apabila pesawat peribadinya terhempas di New Mexico pada 23 Mac 1958. Mei berikutnya, Liz berkahwin dengan penyanyi, Eddie Fisher selepas dia meninggalkan isterinya, pelakon, Debbie Reynolds.

Pada 1961, Liz memenangi Oscar pertama menerusi watak pelacur dalam filem Butterfield 8. Sejak itu, dia muncul sebagai pelakon wanita paling glamor di dunia.

Apabila dia diminta berlakon dalam filem ‘kecil’ mengenai ratu Mesir, Cleopatra, Liz bergurau dengan meminta bayaran sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) - jumlah amat besar ketika itu.

Penerbitnya bersetuju. Pelakon kelahiran Wales yang sudah beristeri ketika itu, Richard Burton dipilih untuk melakonkan watak Mark Anthony. Mereka berkenalan dalam filem itu lalu bercinta. Ketika kos penggambaran bertambah, begitu juga dengan cinta mereka.

Liz dan Burton akhirnya berkahwin pada 1964, setahun selepas Cleopatra diterbitkan. Mereka menjelajah seluruh dunia dan menetap di Mexico, Switzerland, Yugoslavia dan Hollywood.

Peminat melihat dengan kagum mengenai bagaimana Burton ‘memanjakan’ Liz dengan kot mink paling mahal di dunia, berlian 69 karat dan rantai bertatahkan permata yang pernah dimiliki oleh pembina Taj Mahal. Untuk mengeratkan lagi hubungan mereka, pasangan itu mengambil seorang anak angkat perempuan.

Mereka muncul bersama dalam beberapa filem dan hasil pendapatan mereka bersama menjangkau lebih RM500 juta, termasuk filem Who’s Afraid of Virginia Woolf? yang membolehkan Liz meraih Oscar kedua.

Burton yang meninggal dunia pada 1984 ketika berusia 58 tahun pernah berkata: “Saya dan Elizabeth tinggal di pinggir satu gunung berapi yang menarik. Saya meletup dengan ganas kira-kira dua kali setahun. Dia juga akan meletup. Walaupun menyeronokkan, ia boleh membunuh.”

Mereka bercerai pada Julai 1974 dan kemudian berkahwin semula di Botswana, Afrika, pada Oktober 1975.

Burton menghadiahkannya cincin bertatahkan 72 berlian. Mereka bercerai semula sembilan bulan kemudian dan cincin itu dijual dengan harga RM10 juta untuk membiayai pembinaan sebuah hospital di kampung tempat mereka berkahwin.

Pada 1976, Liz, penyokong Demokrat, berkahwin dengan ahli politik Republikan, John Warner.

Katanya: “Apa yang saya inginkan dalam cinta ialah pendekatan lelaki sejati, tangan yang bersedia memeluk saya dengan erat. Saya mahu dicintai dengan kasih sayang kerana hidup saya bergantung padanya.”

Tetapi Liz, wanita yang tidak tahu duduk diam, begitu sukar untuk memainkan peranan sebagai isteri Senator dan mereka bercerai pada 1982.

Sejak itu, Liz berdepan dengan tekanan perasaan dan banyak bergantung pada ubat, Dia berusaha mententeramkan hati dan perasaan dengan makan dan minum arak berlebihan.

Dia terpaksa menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan, Di situ, dia berkenalan dengan pekerja binaan, Larry Fortensky.

Mereka berkahwin pada 1991 meskipun lelaki itu 20 tahun lebih muda daripadanya. Namun, ia sempat juga bertahan selama empat tahun.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di kediaman Michael Jackson, Neverland. Liz menjalinkan hubungan akrab dengan Michael dan kemudian turut menjadi pesakit dan sahabat pakar kulitnya, Dr Anold Klein. Tetapi hubungan itu terputus selepas kematian Michael.



Liz pernah bercakap mengenai perkahwinannya: “Saya dibesarkan oleh sebuah keluarga yang bermoral tinggi dan saya tidak boleh menyesuaikan diri dengan menjalinkan hubungan luar. Ia bermakna, jika saya jatuh cinta dengan seseorang, saya mahu kami berkahwin secara sah.”

Pada 2000, dia dikurniakan bintang penghormatan dengan gelaran ‘Dame’ daripada Istana Buckingham.

Mengenang kembali perjalanan kehidupan, Liz pernah berkata: “Saya memperoleh segala-galanya - kejelitaan, kemasyhuran, penghormatan dan kasih sayang. Tetapi, itu semua disertai dengan bencana, kematian begitu ramai sahabat baik, sakit teruk, ketagihan dan keruntuhan rumah tangga.”

Dalam wawancara terakhirnya dengan sebuah majalah fesyen bulan lalu, Liz berkata: “Saya tidak pernah mengimpikan emas berlian berlonggok atau suami yang banyak.

“Bagi saya, ia takdir. Saya mungkin bernasib baik dan sudah tentu saya sedar saya hanya pemilik sementara segala yang saya ada.”

Pada tahun-tahun terakhirnya, Liz lebih banyak menghabiskan masa di rumahnya di Bel Air, California. Dia bertarung dengan penyakit barah otak dan kulit dan dalam tempoh 25 tahun, Liz menjalani lebih 100 pembedahan, termasuk pembedahan jantung.

Dia mati di Hospital Cedars-Sinai, Los Angeles akibat sakit jantung.
Anaknya, Michael, 58, berkata: “Ibu saya seorang wanita luar biasa yang hidup dengan penuh kasih sayang dan riang.”


Saturday, March 19, 2011

HAKIKAT BERSIN DAN MENGUAP



Rasulullah bersabda:

عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (( إن الله يحب العطاس ويكره التثاؤب، فإذا عطس فحمد الله فحق على كل مسلم سمعه أن يشمته، وأما التثاؤب فإنما هو من الشيطان فليرده ما استطاع، فإذا قال: ها، ضحك منه الشيطان )) صحيح البخاري في الأدب 6223

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta'alaa anhu, Rasulullah bersabda, "Sungguh Allah menyukai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika anda bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabil seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa kerananya". Shahih Bukhari, 6223.

Imam Ibn Hajar berkata, "Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna suka dan benci pada hadis di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadis itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan liang-liang kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang. Ini berbeza dengan orang yang menguap. Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktiviti, hal ini karena banyaknya makan . Bersin boleh menggerakkan orang untuk aktif beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.
Rasulullah bersabda:

(( إذا عطس أحدكم فليقل الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه: يرحمك الله، فإذا قال له يرحمك الله فليقل: يهديكم الله ويصلح بالكم )) صحيح البخاري في الأدب: 6224

Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, "Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahawa otak dan tubuh orang tersebut memerlukan oksigen dan nutrisi; dan karena organ pernafasan kurang dalam membekalkan oksigen kepada otak dan tubuh. Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pening, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktiviti menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!! Karena mulut bukanlah organ yang disediakan untuk menyaring udara seperti hidung. Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai jenis mikroba dan debu, atau kuman bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh. Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan "menguap" ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan belakang tangan kiri.

Bersin adalah lawan dari menguap iaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkeluar dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba' (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kuman, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaitan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh. Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap (Lihat Al-Haqa'iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155)
Sumber : al-sofwah.or.id

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads