Followers

Saturday, October 19, 2013

Elemen pengajaran mikro Elemen pengajaran makro

Elemen Pengajaran Mikro

*Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Standart pada 1963.
*Pada 1963, Allen & Ryan pengajaran miro adalah kawalan praktis dengan kawalan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dalam situasi yang terkawal.
*Definasi =latihan pengajaran pendidikan yang dipendekkan dalam 1 skop
*   aspek àsaiz kelas kecil
 àmasa mengajar
àkemahiran mengajar
àdikalangan guru pelatih sahaja
*Waktu pengajaran diringkaskan kepada 5-10 minit sahaja.
*Tumpu kepada 1 kemahiran sahaja.
*Dilaksanakan dimana-mana ruang.
*Diakhir sesi terdapat sesi perbincangan dan refleksi.
*6 peringkat proses pengajaran mikro (Allen & Ryan, 1969)
-
Perbincangan
-
Pengajaran
-
Penilaian
-
Perancangan Semula
-
Pengajaran semula
-
Penilaian semula

Elemen Pengajaran makro

*Pengenalan
*Satu set P&P yang lengkap.
Bermula dengan set induksi dan berakhir dengan penutup.
*
*Definasi
*Latihan sebenar dalam realiti sebenar P&P.
*Aspek àsaiz kelas yang besar
   
àkelas sebenar (< 30 )
   
àkelas bilik darjah yang sebenar
*Dalam waktu pengajaran yang sebenar
*Pelbagai kemahiran yang digunakan
*Situasi sekolah sebenar
*Kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro
*Prinsip
*Objektif P&P
àbesar dan luas
àmerangkumi aras pengetahuan murid
àguru perlu menyatakan objektif dengan tepat.
*Diakhir sesi terdapat sesi perbincangan dan refleksi.

Prosedur Pembelajaran Makro

Sebelum
Semasa
Selepas
Proses Pengajaran
-Merancang dan menyediakan RPH.
-pecahan topik.
-
kebolehsediaan murid.
Merancang Penyampaian
-stratergi P&P.
-tentukan masa
-pemeringkatan isi
Pemilihan sumber yang jelas
Perancangan penilaian
-
Pencapaian
-analisis maklumbalas
-ubanh suai teknik
Pelaksanaan Pengajaran
-set induksi baik / menarik, berkaitan dengan topik.

Perkembangan Pengajaran
-langkah-langkah yang disusun.
-
tentukan masa untuk setiap langkah.
Perancangan Aktiviti
-
ansur maju-mudah -> sukar
-
konkrit -> abstrak
-dekat -> jauh
-dari PSA ->Pengetahuan baru
-kenalpasti stratergi yang diguna.
Refleksi Sesi Makro
-
penilaian kendiri (kelemahan/penambahbaikkan)
-bertukar pandangan
-”adakah murid faham dengan objektif yang ditetapkan”, Ahmad Mohd Salleh.2011.kurikulum metodologi & pedagogi.
-buat penilaian untuk mengukur HP dicapai atau tidak.
Penutup
-
menyimpul, merumus dan latihan.
-
memberi kepuasan supaya murid bersedia untuk hari seterusnya.
Ae Ah Meng.1991. kepentingan penutup adalah dari kognitif dan sosial.
 
 

Monday, July 9, 2012

Nak bagi bateri Leptop tahan lama?

Penjagaan bateri bukanlah sekadar memastikan laptop anda jauh dari serangan virus, tetapi penjagaan bateri juga amat penting. Manalah tahu sekiranya kita terpaksa menggunakan laptop di kawasan yang tiada sumber elektrik.
Sekarang ni dah banyak jenis bateri yang dijual di pasaran. Ada yang dibuat memang mempunyai kemampuan untuk beroperasi pada jangka masa yang lama tapi berapa lamakah bateri itu mampu bertahan? Berikut adalah tip atau langkah-langkah pengjagaan untuk memastikan bateri laptop mampu bertahan lama:
1).Jangan lupa untuk charge dahulu bateri baru anda sebelum menggunakannya. Ada sesetengah daripada kita yang akan terus menggunakan laptop kita yang baru dibeli tanpa mengecas terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop anda terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop anda mencapai tahap maksimum charge.
2). Skiranya anda mengecas bateri laptop, ketika laptop sedang berfungsi, cabut cable charger anda sebaik sahaja bateri anda telah penuh 100% agar bateri anda lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
3). Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat bersuhu bilik.
4). Jangan biarkan bateri anda di dalam kereta diwaktu panas. Bateri yang panas akan ‘discharge’ dengan sangat cepat, dan bateri yang berada pada suhu dingin (takat beku), tidak dapat menjana banyak kuasa.
5). Sekiranya anda menggunakan sumber kuasa dari luar tanggalkan bateri laptop anda.
6). Tambahkan Ram laptop anda agar penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.
7). Lakukan penyelenggaraan (defraging) pada hardisk anda agar penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop anda dapat dikurangkan. Gunakan software yang banyak terdapat dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop anda.
8). Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.
9). Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) laptop anda sekurang-kurangnya sekali sebulan agar bateri tahan lama.

Wednesday, June 20, 2012

Kisah Jalut dan Talut

Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana orang Bani Israil telah meminta kepada nabi mereka yaitu Nabi Samuel  untuk mengangkat seorang raja untuk memerangi Jalut yang telah mengusir mereka dari kampungnya."Angkatlah seorang raja untuk kami, niscaya kami berperang di jalan Allah." kata mereka.
"Jangan-jangan jika diwajibkan atasmu berperang, kamu tidak akan berperang juga," jawab Nabi Samuel.
"Mengapa kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami," jawab mereka.
Namun, ketika perang itu diwajibkan atas mereka, mereka berpaling, kecuali sebagian kecil dari mereka. Terbuktilah anggapan Nabi Samuel tersebut.
Kemudian, Nabi Samuel menyatakan bahwa Allah telah mengangkat Talut, seorang petani dan peternak miskin dari desa, menjadi raja mereka, dan keputusan itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka.
"Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?" jawab mereka.
"Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan kekuatan. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui," jawab Nabi Samuel.
Lalu didatangkan kepada mereka bukti yaitu Tabut, peti kayu berlapiskan emas yang didalamnya berisi ketenangan dan peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun (At Thobari).
Ketika Talut membawa bala tenteranya sejumlah 80 Ribu orang (riwayat lain 300 Ribu orang) untuk melawan tentara Jalut termasuk didalamnya Nabi Daud. Talut berkata, "Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali mengambil secukupnya dengan tangan"
Tibalah mereka pada sebuah sungai antara Urdus (Jordan) dan palestin nafsu mereka mengalahkan segalanya. Banyak dari tentara Talut melanggar perintah tersebut dengan meminum air sepuas-puasnya pada sungai tersebut. Dan tentara Talut menyusut menjadi 319 orang (riwayat lain, 313) yang tetap taat terhadap perintah Talut dengan minum secukupnya.
Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan, Talut dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka yang tidak taat  berkata, "Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya".
Namun, bagi mereka yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah pula berkata, "Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
Maka, semakin berkuranglah tentera Talut yang terus berjuang. Mereka berhasil melewati ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang-orang yang luntur iman mereka, yang telah  keluar sebelum sempat berhadapan dengan bala tentera Jalut.
Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tentaranya, mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"
Meskipun dengan jumlah tentara yang sedikit, Talut tetap maju melawan Jalut. Kedua pasukan pun bertemu dan terjadilah perang tanding satu lawan satu. Daud juga mendapat giliran. Ia berani melawan Jalut, pemimpin pasukan lawan. Melihat sosok kecil Daud, Jalut meremehkannya dengan menggertak, " Enyahlah kau, aku tidak suka membunuh anak kecil." Tidak mau kalah, Daud menyahut, " Aku suka membunuhmu." Serangan Daud ternyata merepotkan Jalut. Daud mampu mengalahkan, bahkan membunuh Jalut. Dengan demikian, pasukan Talut memetik kemenangan. Keberhasilan Daud ini menjadi buah bibir di kalangan Bani Israil.
Dan akhirnya beberapa tahun kemudian, Allah memberikan kekuasaan pada Daud menggantikan Talut dan mengangkat Daud menjadi Nabi.
Sumber: Surah Al Baqoroh ayat 246-252 dan berbagai sumber.

Wednesday, May 16, 2012

Thn Pertama menyambut hari guru sbgi Guru Siswazah

Assalamualaikum..
salam 1 Malaysia &salam Perak Aman jaya
syukur kehadrat Allah SWT kerana dgn Keizinan aku berjaya juga bergelar seorang guru dan thn ini tahn pertama aku menyambut hari guru..Sunggu bersyukur hmba mu ini tuhan yang menguasai alam seluruhnya..
jom alyan sajak ini dan lagu keramat warga guru sekalian..



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Monday, May 14, 2012

141 Peserta Bersih 3.0

KUALA LUMPUR — Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan  wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata sehingga semalam, 21 peserta terbabit ditahan dengan sebahagiannya  menyerah diri kepada polis dan ada yang ditahan di rumah mereka.
Beliau berkata secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran  Merdeka itu.
“Kita akan mengesan dan menangkap mereka yang belum menyerah diri. Kita tidak perlukan waran tangkap kerana ia kesalahan lazim  ditangkap dan merusuh merupakan kesalahan lazim,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis  kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pada 28 April lepas, segelintir daripada peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali  gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Berikutan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri  Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan, yang enggan menyerah diri, mulai  Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai  pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional.– BERNAMA

Mr Affandisme : kalau tak bersalah jangan takut cpt serah diri utk disiasat.. hari tu bukan main berani sgt.. try p balai polis,,

Friday, May 11, 2012

Thursday, May 10, 2012

Amalan baik kita Amalkan

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads