Followers

Sunday, November 7, 2010

Domain Afektif dlm Pmbntukkn Sikap +ve (nilai a/sekitar)


Nilai Alam Sekitar

  1. Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.
  2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
  3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
    1. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
    2. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
    3. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
    4. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
    5. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
    6. berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.
  4. Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development).
  5. Guru perlu merujuk kepada buku panduan guru, "Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum" (KBSR dan KBSM), PPK, 1996.
  6. Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:
    1. Tuhan Pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
    2. Bumi dan alam semesta
    3. Benda bukan hidup dan sumber semula jadi
    4. Benda hidup dan alam sekitarnya
    5. Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan
    6. Pengurusan alam sekitar
  7. Strategi dalam p&p ialah melalui pendekatan:
    1. rohani dan moral
    2. penyerapan
    3. berpusatkan pelajar
  8. Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
    1. pengetahuan dan kefahaman konsep
    2. nilai-nilai murni dan sikap positif
    3. kemahiran berfikir
    4. kemahiran manipulatif dan penggunaan deria
    5. aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru
  9. Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
    1. Kerja amali
    2. Membuat kajian dan eksperimen
    3. Perbincangan
    4. Sumbang saran
    5. Demonstrasi
    6. Menonton TV, video dan slaid
    7. Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto
    8. Cerita
    9. Membaca buku, majalah dan akhbar
    10. Projek
    11. Permainan dan simulasi
    12. Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum
    13. Lawatan
    14. Kempen alam sekitar
    15. Rintis
    16. Kem alam sekitar
    17. Program sandaran
  10. Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan dikawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
    1. Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi hakisan tanah
    2. Stesen mengkaji pencemaran
    3. Stesen mengkaji tumbuhan
    4. Stesen mengkaji haiwan
    5. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
    6. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
    7. Stesen mengkaji penggunaan air
    8. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
    9. Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
    10. Stesen mengkaji penggunaan bahan api
    11. Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
    12. Stesen mengkaji tanam-tanam
    13. Stesen mural
    14. Stesen mengkaji cuaca
    15. Stesen permainan pendidikan alam sekitar
    16. Stesen di tiang bendera
    17. Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
    18. Stesen di tandas dan dibilik darjah.
  11. Sekolah juga digalakkan menubuhkan pusat sumber pendidikan alam sekitar untuk menyimpan dan mempamerkan bahan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads