Followers

Monday, June 27, 2011

tenson aku mlm ni

sbb apa aku tensen????
kalo x mlm2 cam ni aku mengedit pic...tetapi
prg Ulead Photo xpress yg aku duk guna selam ini dah x berfungsi..dammm
dah la aku x pandai sgt guna yg lain.... ni pown ala kadar je.....
arghhhhhh.....

tidor ar cam ni...
ni ada beberapa pix yg aku edit..
.
..
...
...
....
.....
......
.......
........


Friday, June 17, 2011

lembaran terakhir ~menefistasi diri

Tengah lepak2 kat hotel Singgahsana sebelum balik balik kat maktab.
kat tepi lobi hotel ada plak kembar belia Terengganu.
time part persembahan terdenagr plak lahu ahmad jais~lembaran Terakhir~
teringat pada kisah2 cinta dulu2 yg x kesempaian..
walaupun aku cool je..'
tapi sedikit sebanyak terasa jugak..
tp apa daya.. layan beb lagu tu org vateran lak nyanyi..
layan je feel mlm ni....
adushhhhh,,,
try hayati lirik ni..

Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri

Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya

Ku pergi dengan harapan
Cari teman seiring jalan
Ku nanti saat gemilang
Bila tercapai tujuan

Lembaran terakhir ku berikan
Tandanya berpisah dua insan
Tiada kandungan kata mesra
Hanya bingkisan kelana

Saturday, June 4, 2011

Dato' Hj. Ismail bin Hashim



Anda di sini: Dewan Kegemilangan > Di Antara Yang Pertama Di Malaysia dari Kedah

Dato' Hj. Ismail bin Hashim


Qari Pertama Menjadi Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Sebanyak 9 Kali Diperingkat Kebangsaan.

Qari Pertama Menjadi Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Sebanyak 8 Kali Diperingkat Antarabangsa.

Dato' Hj. Ismail bin Hashim dilahirkan pada 16 April 1933 di Jerlun, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi sehingga darjah tiga dan meneruskan pelajaran ke Sekolah Melayu Air Hitam, Kubang Pasu pada tahun 1942. Seterusnya, pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Star.

Kerjaya :

  • Guru agama, Sekolah Kebangsaan Yan (1956 - 1970)
  • Guru pelawat (Nazir), Jabatan Agama Islam Kedah
Nama Allahyarham Dato' Ismail b. Hashim tidak asing lagi dalam Majlis Tilawah Al-Quran sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Kemerduan dan kelunakan suaranya ketika memperdengarkan ayat suci al-Quran bukan saja dikagumi masyarakat tempatan malah masyarakat Islam di luar negara. Selepas pertama kali diadakan musabaqah membaca Al-Quran pada tahun 1956, Allahyarham merupakan satu-satunya Qari pertama yang menjadi johan sebanyak sembilan kali di peringkat Kebangsaan dan lapan kali di peringkat antarabangsa.

Allahyarham merupakan peserta tunggal negara yang telah mencapai peringkat tertinggi dalam pertandingan musabaqah al-Quran. Allahyarham juga merupakan anak Melayu pertama dimana bacaan al-Qurannya telah disiarkan secara langsung di televisyen dan radio Sudan semasa beliau melawat negara tersebut pada tahun 1966 dan kemudiannya di Mesir pada tahun 1976. Allahyarham yang bersara daripada jawatannya sebagai Nazir Sekolah Agama Kedah pada tahun 1988, pernah diberi penghormatan oleh Kerajaan Negara Thailand untuk memperdengarkan bacaan al-Qurannya pada Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Bangkok pada tahun 1963.

Sebagai mengenang sumbangan dan baktinya beliau telah dianugerahkan Johan Setia Mahkota (J.S.M) dan Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Yang DiPertuan Agung serta pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K), Perkhidmatan Setia Kedah (P.C.K), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Kedah dan Raja Perlis. Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Ogos 1966 kerana mengidap sakit jantung ketika Allahyarham berusia 64 tahun

try cari bacaan beliau kat YouTube..sungguh mengasyikkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads