Followers

Wednesday, May 16, 2012

Thn Pertama menyambut hari guru sbgi Guru Siswazah

Assalamualaikum..
salam 1 Malaysia &salam Perak Aman jaya
syukur kehadrat Allah SWT kerana dgn Keizinan aku berjaya juga bergelar seorang guru dan thn ini tahn pertama aku menyambut hari guru..Sunggu bersyukur hmba mu ini tuhan yang menguasai alam seluruhnya..
jom alyan sajak ini dan lagu keramat warga guru sekalian..



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Monday, May 14, 2012

141 Peserta Bersih 3.0

KUALA LUMPUR — Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan  wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata sehingga semalam, 21 peserta terbabit ditahan dengan sebahagiannya  menyerah diri kepada polis dan ada yang ditahan di rumah mereka.
Beliau berkata secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran  Merdeka itu.
“Kita akan mengesan dan menangkap mereka yang belum menyerah diri. Kita tidak perlukan waran tangkap kerana ia kesalahan lazim  ditangkap dan merusuh merupakan kesalahan lazim,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis  kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pada 28 April lepas, segelintir daripada peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali  gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Berikutan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri  Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan, yang enggan menyerah diri, mulai  Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai  pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional.– BERNAMA

Mr Affandisme : kalau tak bersalah jangan takut cpt serah diri utk disiasat.. hari tu bukan main berani sgt.. try p balai polis,,

Friday, May 11, 2012

Thursday, May 10, 2012

Amalan baik kita Amalkan

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads