Followers

Sunday, March 7, 2010

SEM 5 PSS 3109 SUMBER P&P DLM PS








~~KANCIL DAN CUACA~~







Didalam sebuah hutan yg indah, terdapat seekor kancil. kancil tersebut
sedang berjalan ke jamuan Tahunan warga rimba.

Semasa di dlm perjalanan, sang kancil tiba di kaw yg sgt panas. sang kancil mengeluh, "panasnya hari ini '. lalu sang kancil mendongak dan melihat kelangit.


"Wahai matahari knp kau disitu?" tanya kancil. "aku sdng memancarkan cahaya kpd semua hidupan di bumi", jawab matahari. "tapi engkau telah menyebabkab seluruh kawasan ini menjadi panas"kata Kancil lagi. sambil tersenyum matahari berkata,"kancil, aku amat penting utk semua kehidupan, aku memancarkan cahaya agar semua kehidupan dapat terus hidup, manusia memerlukan aku utk melakukan kerja seharian mereka". kancil memohon maaf kerana khilafnya.

Tiba di satu kaw, sang kancil terganggu oleh tiupan angin.
Dia memberhentikan langkah dan mendongak keatas lalu melihat
Sang Angin leka menghembuskan angin.
"Wahai angin knp engkan menghembuskan anign dgn begitu kuat?", tanya kancil.

“ aku menghembuskan angin untuk menyejukan kawasan yang panas. Manusia juga menggunakan aku untuk berhibur seperti bermain laying-layang.” Balas Sang Angin.

Kancil pun mengakui tentang kepentingan angin dan meneruskan perjalanannya.





Setibanya disebuah kawasan, Sang kancil berasa hairan kerana kawasan itu redup. Sang kancil mendonggak ke langit dan mendapati matahari tidak kelihatan kerana ditutupi awan.




Awan redup yang dapat melihat kerisauan Sang Kancil berkata. “ tidak perlu engkau risau wahai kancil, aku bukan menghilangkan matahari, aku cuma melindungi bumi dari panas yang keterlaluan. Aku amat penting dalam kehidupan untuk memastikan semua kehidupan tidak menderita kepanasan. Aku juga membantu manusia dan hidupan lain untuk bergerak di muka bumi ini dengan lebih nyaman.” Ucap awan lagi.Sang Kancil tersenyum kepada awan dan meneruskan perjalanan.



Ketika cuba melepasi sebuah lurah. Sang Kancil menyedari suasana menjadi semakin gelap. Dia melihat awan menjadi mendung.“Awan, kenapa kau menjadi mendung?” Tanya kancil dengan nada yang risau.

Awan menjawab “ aku telah menjadi mendung kerana aku menampung air yang banyak. Sekejap lagi hari akan hujan.”Kancil mengangguk faham dan meneruskan perjalanan.




Tidak berapa langkah berjalan, hujan mula turun.

Sang kancil berkata “ jadi kamu adalah hujan yang berada didalam perut awan mendung tadi?”

Hujan menjawab “ya.”

Kancil bertanya lagi “ apakah kegunaan kamu?”

“ aku membekalkan air kepada kehidupan untuk meneruskan hidup. Tanpa aku, bumi akan kekeringan.” Jawab hujan

Kancil faham dengan jawapan hujan dan meneruskan perjalannya.






Sang kancil sangat gembira kerana banyak ilmu yang dipelajarinya hari ini.

Setibanya di kawasan jamua, semua warga rimba telah tiba. Dia menceritakan perjalanannya kepada haiwan yang lain.

Semua haiwan mendengan cerita kancil dengan penuh perhatian.


Soalan :

1) Apakah kepentingan matahari kepada manusia?

_______________________________________

_______________________________________

2) Kenapa berlakunya hujan?

_______________________________________

_______________________________________

3) Mengapa sang kancil mengeluh?

_______________________________________

_______________________________________


soalan ini untuk meneguhkan hasil pembelajaran. dan sbgi bhn lahtn utk

murid..semasa refleksi guru boleh menggunakan ini..

disediakan oleh
mohd syazwan affandi rozali
mohd joehalizan monamed ali
abd rafi abd karim
mohd fauzan hhanif mohamad rodzuki


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads