Followers

Sunday, August 7, 2011

mata memandang

ssalamualaikum. harini aku nak update pasal personaliti diri. entri yang lepas aku ada update pasal personaliti diri melalui cara membuat pilihan. kali ni aku nak lebih spesifik sikit iaitu melalui mata. tapi ingat ni sekadar suka-suka je. jangan percaya sepenuhnya. khurafat semua tu.

SAIZ MATA KECIL

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya.
Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.
Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Komen: terkesima dengan ayat yang bawah tu. hahaha

SAIZ MATA SEDERHANA

Sederhana.
Tidak banyak berahsia.
Ada pertimbangan.
Bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Komen: tidak banyak berahsia dengan suami takpe. tapi takut semua rahsia dia cerita dekat orang lain. bahaya wooo...

SAIZ MATA LEBAR

Cukup kuat berahsia.
Otak kurang cergas.
Pemarah,bertindak tanpa fikir panjang.
Kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.
Boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Komen: terkesima lagi sekali dengan ayat bawah. hahaha

MATA SELALU BERKEDIP

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik.

Komen: selalu berkedip sebab mata masuk habuk. sabar je lah.

MATA JARANG BERKEDIP

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, dan bertanggungjawab.
Tidak cerewet, suka membantu dan membahagiakan.

Komen: boleh masuk world record ni kategori mata tak berkedip paling lama. hahaha

MATA CENGKUNG

Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara.
Kata manis tapi bohong, mahu senang, dan mudah curang.
Bila anda susah dia tidak peduli.

Komen: bahaya wooo ini olang (orang).

MATA REDUP

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi,
Hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat.
Mengumpat, irihati, kejam, kasar, mencemuh, pemarah.

Komen: macam mana mata redup tu ye? "Mata Blur" kot =)

MATA BULAT

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata.
Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Komen: suka yang ni. tapi masih belum menemuinya lagi. kalau ada pon tak tahu nak luahkan macam mana. hehehe



Alolo masamnya muka. cubit pipi kang. hehehe

*Kalau MATA SATU pulak macam mana ye? takkan geng dajjal pulak kot. hahaha


SUMBER: Tak Ingat ambil kat mana. kat GOOGLE kot

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads