Followers

Monday, November 7, 2011

sem 4 ipg : kaedah bercerita & KAEDAH LAKONAN

KAEDAH BERCERITA
Langkah-langkah dalam persediaan kaedah bercerita ialah:
1. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
2. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek moral. Lakukan
perbincangan yang jelas tentang dimensi moral dengan menonjolkan nilainilai
yang positif.
3. Hafalan frasa atau ayat-ayat penting.
4. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurangkurangnya
sekali sebelum menggunakan kaedah ini.
5. Kekalkan hubungan yang baik antara guru dengan pelajar.
6. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Gunakan suara yang nyata dan
terang sama ada oleh guru ataupun menerusi kaset audio.
7. Bercerita dan menyoal secara berselang-seli.
8. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
9. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek moral yang hendak disampaikan.
10. Galakkan penyertaan pelajar di setiap peringkat.




KAEDAH LAKONAN

Lakonan tanpa menggunakan skrip:
1. Pelajar yang akan berlakon perlu memahami cerita dan nilai-nilai yang
berkaitan.
2. Pelajar secara sukarela bersetuju untuk melakonkan peranan yang
berkaitan.
3. Guru boleh memberi tunjuk ajar atau nasihat jika perlu.
4. Pada akhir lakonan, satu perbincangan perlu diadakan mengenai nilai-nilai
yang terdapat dalam cerita yang berkaitan dan nilai-nilai tersebut
sepatutnya dikaitkan dengan gaya kehidupan harian manusia.

Lakonan menggunakan skrip:
1. Pelajar perlu memahami kandungan skrip.
2. Pelakon boleh dipilih.
3. Pelakon membaca dan melakonkan skrip yang berkaitan.
4. Perbincangan tentang cerita dan nilai-nilai moral yang berkaitan perlu
diadakan. Satu ringkasan perlu dihasilkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Text-Ads